telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PERHIMPUNAN BULANAN KDN 2014 (BULAN JUN)

Putrajaya, 5 Jun 2014 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir menyempurnakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun bersama warga KDN di Dewan Auditorium, Putrajaya.

Dalam ucapan perasmian, Ahmad Zahid menyentuh mengenai usaha KDN dalam melaksanakan penambahbaikan sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan (S3PK).

ÔÇ£KDN telah ke hadapan dengan penambahbaikan inisiatif pembangunan Sistem Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan (S3PK) kepada Financial Index Reporting Management (FIRM) yang berbentuk Self Auditing bagi memudahkan analisis, pemantauan serta memperbaiki kelemahan pengurusan kewangan di semua PTJ KDN.ÔÇØ

ÔÇ£Kisah-kisah begini amat mengujakan saya kerana ia sudah tentunya meningkatkan imej KDN dan menujukkan kita di KDN sudah bersedia ke arah Pelaksanaan Perakaunan Akuan pada tahun hadapanÔÇØ Jelasnya.

Beliau juga menyentuh tentang usaha Jabatan Penjara Malaysia dalam menerbitkan sebuah program televisyen sehingga berjaya menarik minat masyarakat.

ÔÇ£Kerjasama erat Jabatan Penjara dengan Kementerian Pendidikan serta Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dalam menerbitkan program ÔÇ£Mesej Dari PenjaraÔÇØ menerusi rancangan Wanita Hari ini berjaya menarik minat 1.3 juta penonton, merupakan inisiatif strategik dan pintar yang melangkaui kebiasaan.

ÔÇ£Saya difahamkan, modul koreksional kita telah diadaptasi oleh banyak negara dari kalangan negara-negara yang menjadi ahli International Corrections And Prison Association (ICPA) dan yang terbaharu, Jabatan Penjara Singapura telah mengambil Modul Spiritual Halaqah untuk digunapakai bagi merawat pulih banduan beragama Islam dari negara jiran berkenaan.ÔÇØ Katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkenan melancarkan bendera baru KDN dan menyerahkannya kepada setiap jabatan dan agensi.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Mohamad Khalid Hj Shariff.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106242

moha qrcode