Baling, 8 Jun 2014 - YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh YDH Senior DCP DatoÔÇÖ Ahmad Ibrahim, Ketua Polis Kedah diiringi YDH DCP DatoÔÇÖ Zaleha Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Kedah.
Dalam lawatan ini, satu taklimat mengenai keadaan dan permasalahan yang timbul di kawasan Baling telah disampaikan oleh Ketua Polis IPD Baling kepada YB Menteri Dalam Negeri.
Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan anggota polis dari Daerah Baling.