telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

LUNCHEON TALK BERSAMA ULAMA SHEIKH SOLEH KHALIFAH MOHAMAD KHALIFAH

Putrajaya, 9 Jun 2014 ÔÇô Kementerian Dalam Negeri mengadakan Luncheon Talk Bersama Ulama bertajuk ÔÇÿMencintai Negara Adalah Salah Satu Daripada Cabang ImanÔÇÖ bertempat di Dewan Gemilang KDN Putrajaya.

Syarahan yang disampaikan oleh Ulama Sheikh Soleh Khalifah Mohamad Khalifah itu dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan pegawai-pegawai kementerian serta ketua pengarah bagi setiap jabatan dan agensi.

Pada ucapan pembukaan, Ahmad Zahid meminta supaya seluruh warga KDN mengambil iktibar daripada setiap kandungan ceramah yang disampaikan serta mengaplikasikannya dalam kehidupan masing-masing lebih-lebih lagi dalam setiap tugasan dan amanah yang dilaksanakan di kementerian ini.

Beliau turut menyentuh tentang kebaikan program ini kerana ianya mampu memberikan suntikan spiritual kepada masyarakat disebabkan kandungannya yang mempunyai elemen-elemen kerohanian sehingga boleh menyedarkan manusia serta merubah daripada perlakuan yang kurang baik kepada lebih baik.

Syarahan yang disampaikan dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ini berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati dan sumbangan berbentuk wang kepada kepada ulama dan penterjemah terbabit.

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106226

moha qrcode