telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LATIHAN CERTIFIED SECURITY GUARDS

Kuala Kubu Bharu, 28 Jun 2014 - Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir melancarkan Program Latihan Certified Security Guards (CSG) di bawah Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri bertempat di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu Selangor.

Dalam ucapannya, beliau menjelaskan melalui program latihan ini, Kerajaan akan membuat transformasi dengan mewujudkan sistem latihan secara berpusat, teratur dan memberikan pengiktirafan kepada pengawal keselamatan.

ÔÇ£Langkah ini dibuat supaya pengawal keselamatan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk membantu pihak polis di dalam usaha mengurangkan kadar indeks jenayah di Negara ini,ÔÇØ katanya.

Jelasnya lagi, Kementerian Dalam Negeri mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 orang pengawal keselamatan tempatan untuk dilatih melalui program latihan Certified Security Guards (CSG) ini sehingga akhir tahun 2014 dengan memberi keutamaan kepada pengawal-pengawal keselamatan di sekolah-sekolah.

Sementara itu, beliau meminta syarikat kawalan keselamatan  menghantar semua pengawal keselamatan bagi mengikuti latihan CSG sebelum layak untuk pembaharuan lesen syarikat kawalan keselamatan berkenaan.

ÔÇ£Selaras dengan pelaksanaan program latihan Certified Security Guards (CSG), syarikat kawalan keselamatan diwajibkan untuk menghantar semua pengawal keselamatan mereka untuk mengikuti latihan Certified Security Guards (CSG) sebelum layak dipertimbangkan bagi pembaharuan lesen syarikat kawalan keselamatan pada setiap tahun,ÔÇØ jelasnya.

Hadir sama Ketua Setiausaha KDN DatoÔÇÖ Seri Khalid Hj. Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar┬á

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106230

moha qrcode