telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS IFTAR MENTERI DALAM NEGERI BERSAMA KDN NEGERI JOHOR

Johor Bahru 30 Jun - Menteri Dalam Negeri, YB DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam Majlis Iftar bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Johor bagi tahun 2014 di Kompleks KDN Negeri Johor.

Pada majlis itu, seramai 30 orang anak-anak yatim hafiz Al-Qurandari asrama kebajikan Ar-Rayyan negeri Johor turut diraikan. YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Zahid turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Asrama Kebajikan Ar-Rayyan.

YB Menteri berkata siasatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati tiada syarikat dari negara luar yang memiliki atau mengendalikan mana-mana syarikat kawalan keselamatan di negara ini khususnya di Johor. Sekiranya wujud mana-mana syarikat kawalan keselamatan asing maka siasatan terperinci akan dijalankan, pihak kementerian berhak membatalkan lesen mereka.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan sebuah syarikat keselamatan asing, Soverus Group, yang berpangkalan di Singapura untuk menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan di Iskandar Malaysia.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN, DatoÔÇÖ Sri Mohamad Khalid Hj. Shariff serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.┬á

Selain berbuka puasa dan beramah mesra dengan para hadirin, YB Menteri turut bersama-sama dengan hadirin berjemaah mendirikan solat sunat Tarawih.

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106225

moha qrcode