telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

IFTAR RAMADHAN KDN DI IPK SELANGOR

Shah Alam, 1 Julai 2014 - Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Kementerian Dalam Negeri bersama warga Polis Diraja Malaysia bertempat di Surau Khalid Al-Walid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Sewaktu memberikan ucapan, beliau menjelaskan peranan kita sebagai umat Islam supaya menanam sifat hormat menghormati kepada penganut agama lain seperti mana yang disarankan di dalam Al-Quran.

ÔÇ£Kita perlu belajar menghormati agama lain sebelum meminta orang lain menghormati agama kita, kerana inilah yang dituntut oleh Al-Quran bagi membentuk persefahaman dan kasih sayang antara kita semua,ÔÇØ jelasnya.

Beliau juga meminta supaya umat Islam menghayati pengertian sebenar Ramadhan Al-Mubarak dengan memperbanyakkan amal ibadah serta melakukan tugas dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab bagi memperoleh keredhaan dan pengampunan daripada Allah SWT.

Dalam majlis ini, Ahmad Zahid berkenan menyampaikan sumbangan kepada balu anggota polis dan anak-anak yatim dari daerah Shah Alam.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Sharif, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat dan bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar. 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106230

moha qrcode