telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS BERBUKA PUASA KDN BERSAMA WARGA KDN PERAK

Perak 3 Julai 2014 - Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Kementerian Dalam Negeri bersama warga KDN Perak bertempat di Kompleks KDN Negeri Perak.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian tazkirah oleh Al-Fadil Ustaz Haji Azhar Ahmad, Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama Islam Taiping, Perak dan penyampaian amanat oleh Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis itu, seramai 30 orang anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Parit, Perak telah menerima sumbangan daripada Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa Majlis Iftar bersama warga KDN Perak.

YB Menteri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan khas atau elit untuk membanteras kegiatan judi haram di semua peringkat. Beliau berkata dengan penubuhan pasukan berkenaan, ia dapat memerangi kegiatan judi haram dan melakukan lebih banyak tangkapan di semua peringkat.

Sehubungan itu, YB Menteri berkata KDN meminta Kerajaan Negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memainkan peranan dalam membanteras kegiatan itu. 

Turut hadir Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Sharif dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.   

 

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106224

moha qrcode