telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS BERBUKA PUASA KDN BERSAMA WARGA KDN NEGERI SEMBILAN

Tampin, 16 Julai 2014 - Menteri Dalam Negeri DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Kementerian Dalam Negeri bersama warga KDN Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Perumahan IPD Tampin.

Majlis bermula dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Budiman Bulindan dan penyampaian tazkirah Ramadhan bertajuk Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Md Shukri Abdullah.

Majlis┬á diteruskan dengan amanat dari YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, anak-anak istimewa dan balu-balu Polis. YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri turut menyerahkan Dokumen Pengenalan diri kepada 9 orang adik beradik Allahyarham Mohamad Hafiz Abdul Ghani

Pada sidang media, YB menteri berkata Rakyat harus memberi sepenuh kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan lain-lain agensi yang terlibat dalam menangani permasalahan yang dihadapi di pantai timur Sabah. Katanya beliau tahu bahawa ada keraguan dalam kalangan rakyat, khususnya Sabah yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terhadap tindakan menyerahkan kepada PDRM mengambil alih kepimpinan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Turut hadir Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Sharif, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri.   

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106226

moha qrcode