telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN OKTOBER 2014

Putrajaya, 9 Oktober 2014 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Dewan Auditorium, Kompleks D Putrajaya.

Dalam ucapan perasmiannya, pengurusan tertinggi di KDN dan Ketua Jabatan akan terus mampu memainkan peranan bagi menangani cabaran-cabaran KDN pada masa hadapan. Sesungguhnya inilah julung-julung kali dalam tempoh 63 tahun sejak KDN dilahirkan,kesemua jabatan dan agensi bersama-sama dengan kementerian menyediakan Pelan Strategik 2015-2020 yang menyeluruh dan serentak dalam semangat SATU KDN. YB MDN juga mengingatkan kepada Setiausaha-Setiausaha Bahagian berkaitan,  Ketua Jabatan dan  Agensi supaya selalu turun padang,  mengadakan tinjauan mesra dan prihatin supaya dapat merasai kepekaan secara visual dan merasai panca deria kepayahan kakitangan bawahan dan kehendak rakyat dengan lebih jelas dalam memperolehi keberhasilan yang sepatutnya supaya rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang KDN dan Jabatan berikan.

Ucapan syabas telah diberikan kepada PNMB yang mewakili KDN dengan memberikan sumbangan sebanyak RM50,000.00 untuk Festival Antarabangsa Muzik Etnik 2014 anjuran UNESCO yang berlangsung di Melaka Bandaraya Warisan Dunia dari 12-15 September 2014 baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN DatoÔÇÖ Seri Mohamad Khalid Hj Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106217

moha qrcode