telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KARNIVAL 1KDN 2014 DI KUCHING, SARAWAK

KUCHING, 10-12 Oktober 2014 - Karnival  1Kementerian Dalam Negeri (1KDN) yang julung kali diadakan di pekarangan Stadium Negeri menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk peluang untuk memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah istimewa.

Karnival 1KDN telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem┬á dan turut hadir┬á Timbalan Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha KDN DatoÔÇÖ Seri Mohamad Khalid Hj Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Karnival yang bermula jumaat┬á hingga Ahad (10-12 Oktober) itu menawarkan hadiah bertuah seperti motosikal Demak, televisyen plasma, telefon mudah alih, ÔÇÿtablet pcÔÇÖ dan pelbagai barangan lain.

Malah, pada jam 9 malam,  pengunjung yang telah hadir akan disajikan dengan persembahan istimewa daripada artis popular tanah air antaranya Alyah, Marsha Milan Londoh, Ayda Jebat, Cat Farish, Ricky Anderson, Claudia Fayegares, Ronnie Hyperact dan Nicole.

Selain itu, sebuah pengisian menarik iaitu ceramah perdana dari tokoh agama terkenal Ustaz Kazim Elias telah diadakan di Masjid Jamek Kuching , Sarawak pada 12 Oktober 2014 bermula jam 8 malam bertempat di Masjid Jamek Kuching bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Karnival ini merupakan jalinan kerjasama KDN dengan Kerajaan Negeri Sarawak, badan korporat, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Ia bertujuan mempromosi perkhidmatan dan produk jabatan dan agensi di bawah KDN selaras dengan kehendak dan hasrat kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan awam.

Pelbagai program dan aktiviti menarik untuk semua pengunjung antaranya pameran dan kaunter perkhidmatan oleh jabatan dan agensi di bawah KDN seperti  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).

Pada masa sama, orang ramai boleh mendapatkan maklumat, mengemukakan aduan, cadangan dan khidmat nasihat secara terus dengan pegawai-pegawai jabatan dan agensi KDN berkenaan mengenai sebarang urusan berkaitan kementerian sepanjang tempoh karnival berkenaan. Pelbagai demonstrasi dan pertunjukan menarik oleh agensi-agensi KDN serta boleh menyertai sukan rakyat dan pertandingan bola sepak sepanjang Karnival  1KDN. 

Karnival itu turut disertai badan-badan korporat seperti Telekom Malaysia Berhad, Clixter Mobile Inc, Bank Islam, Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perodua, Proton, Prima dan Demak Motor.

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106216

moha qrcode