telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KARNIVAL HARI PERTUBUHAN KEBANGSAAN 2014

SHAH ALAM, 1 November 2014-  Karnival Hari Pertubuhan Kebangsaan 2014 julung kalinya telah di adakan di Bulatan Bazarena, Stadium Malawati, Shah Alam.  Karnival ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan jalinan kerjasama Kementerian Dalam Negeri serta jabatan dan agensi di bawahnya. Majlis yang gemilang ini adalah bertujuan untuk meraikan pertubuhan-pertubuhan yang banyak berbakti dalam pembangunan sosio ekonomi Negara.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam ucapannya, YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata penganjuran majlis seperti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan pertubuhan yang merupakan sektor ketiga selepas sektor kerajaan dan sektor swasta. Dalam majlis perasmian tersebut YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah turut melancarkan pelancaran logo baru serta lagu korporat Jabatan.

Sehubungan dengan itu juga YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan peranan ROS dalam pelan transformasi bagi menjadikan ROS sebagai agensi induk yang menguatkuasakan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan terhadap pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar dengannya.

Dalam ucapannya juga YB DatoÔÇÖ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengistiharkan pada setiap 1 September sebagai Hari Pertubuhan Negara.

Pelbagai pameran telah diadakan antaranya dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB).

Majlis itu turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106216

moha qrcode