telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KARNIVAL 60 TAHUN LEMBAGA PENAPISAN FILEM MALAYSIA (LPF)

PUTRAJAYA, 22-23 November 2014 ÔÇô Karnival 60 Tahun Lembaga Penapis Filem Malaysia Kementerian Dalam Negeri yang julung kali diadakan di Alamanda, Putrajaya menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran ÔÇô pameran yang menarik dari pelbagai pihak seperti RTM, Media Prima, Astro, HyppTV, TV Al-Hijrah, Berita Harian dan ramai lagi.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB. DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri dan turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri DatoÔÇÖ Sri Khalid Abu Bakar.┬á

Karnival yang bermula Sabtu hingga Ahad (22-23 November) itu dimeriahkan lagi dengan kunjungan artis tempatan seperti Farid Kamil, Shaheizy Sam, Shiro raja lawak dan ramai lagi para artis yang lain turut hadir memeriahkan karnival ini. Selain itu, sebuah pengisian menarik iaitu tazkirah 30 minit bersama Ustaz Don telah diadakan di pentas utama. 

Karnival ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan kepada orang ramai tentang tanggungjawab melindungi pengaruh-pengaruh negatif daripada penontonan filem tidak di tapis serta untuk membantu industri perfileman Negara, khususnya penerbit / pengeluar filem-filem tempatan  supaya dapat berkembang dan bersaing dengan filem-filem luar Negara. 

Dalam sidang media, YB. DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Persefahaman di antara karyawan filem dan Lembaga Penapis Filem (LPF) perlu ditingkatkan supaya kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan lebih berkesan.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 July 2024.
Visitor Count : 1106217

moha qrcode