telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

HARI PENJARA KE-224

Sambutan Hari Penjara Ke-224 yang berlangsung pada 6 November 2014 bertempat di Maktab Penjara Malaysia, Kajang. Majlis ini telah dirasmikan oleh  YB Dato Sri Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar Timbalan Menteroi Dalam Negeri. Selain itu juga, Dato Sri Mohamad Khalid Bin Hj. Shariff Ketua Setiausaha KDN turut menghadiri pada majlis ini serta Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia iaitu Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar.

Objektif sambutan hari penjara sebagai tanda peringatan dan pernghargaan kepada warga penjara, orang ramai serta individu-individu yang telah menyumbang kepada Jabatan Penjara Malaysia. ÔÇ£Transformasi Berjaya Masyarakat SejahteraÔÇØ dipilih sebagai tema Hari Penjara┬á Ke-224 pada tahun ini yang membawa pengertian bahawa perubahan system pemulihan insan kian berkembang selaras dengan perubahan semasa. Sudah tentunya sambutan Hari Penjara pada hari ini memberi makna sangat mendalam kepada semua warga kerja Jabatan Penjara yang menjadi detik manis dalam lipatan sejarah kepenjaraan di Malaysia.

Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar turut memberi ucapan dan beliau berasa amat bertuah menjadi seorang pegawai penjara kerana sebagai warga penjara adalah penting untuk setiap daripada kita memahami┬á sejarah kepenjaraan yang pernah terpahat agar dapat mengenali dan menghayati tugas-tugas kita dengan lebih baik. Beliau turut mengakui bahawa kegigihan, kesabaran dan pengorbanan dalam mendidik, membimbing, mengasuh serta memulihkan banduan sememangnya sukar untuk kita gambarkan dengan kata-kata. Selain itu, perana sebagai sebagai pegawai penjara semakin berkembang selaras dengan keperluan semasa dan ianya semakin mencabar.ÔÇØ Saya nyatakan bahawa tugas kami dalam bidang pemulihan amatlah unik dan sukar untuk dilakukan oleh orang lain, malah sentiasa menuntut pengorbanan yang tinggi ÔÇ£ ujar Ketua Pengarah Penjara.

Kementerian Dalam Negeri sentiasa menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap Jabatan Penjara dalam menjalankan tanggungjawabnya menerusi pelaksanaan program-program pemulihan yang efektif bagi mendidik penghuni menjadi insane berguna agar tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setelah merela dibebaskan. Selain ucapan yang diberikan oleh YB Dato Sri Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar beliau turut mengharapkan agar Jabatan Penjara terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan pemulihan kepada penghuni supaya mereka tidak kembali mengulangi kesalahan dan dipenjarakan.

Pada 28 OGOS 2014 yang lalu buta pertama kalinya dalam sejarah kepenjaraan di Malaysia, seramai tiga orang penghuni penjara kajang telah menerima Diploma dan Ijazah Sarjana Muda masing-masing dalam Majlis Konvokesyen ke-16 OUM di Dewan Merdeka PWTC, kuala Lumpur. Selain itu, 28 banduan memulakan pengajian untuk sesi 2014/2015 dalam bidang pengurusan perniagaan, kerjasa dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dua orang Ijazah Sarjana, dua belas Ijazah Sarjana Muda dan empat belas orang Diploma, jumlah banduan sedia ada yang sedang belajar dari sesi lepas seramai sepuluh orang.

Disamping itu, majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian pingat iaitu Pingat Kedaulatan Negara dan Pingat Bakti Setia (PBS). Pingat Kedaulatan Negara merupakan satu pingat penghargaan yang telah wujud untuk anggota keselamatan dan kakitangan awam yang berjuang dan memberi khidmat sokongan dalam Op daulat di sabah. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 April 2013 telah bersetuju meluluskan cadangan perwujudan pingat khas kepada anggota keselamatan dan kakitangan awam yang terlibat dalm Op Daulat dan Sabah. Seramai 20 orang kakitangan Penjara dianugerahkan Pingat Kedaulatan Negara oleh YB Dato Sri Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar. 

Pingat Bakti Setia (PBS) pula sebagai pengiktirafan tertinggi menteri dan jabatan kepada individu terpilih diatas kesetiaan berbakti dalam system jabatan. Jasa ini mengangkat maruah kendiri penghuni lantas memartabatkan jabatan. Penganugerahan ini menzahirkan penghargaan tertinggi pihak menteri dan jabatan atas kebaktian tulus dalam membangunkan potensi insane ke pangkal jalan. Pingat Bakti Setia ini dianugerahkan seramai 27 orang termasuk YBhg. DatoÔÇÖ Sri Adenan Bin Ab. Rahman TKSU(K) Pembangunan dan Perolehan, KDN dan YBhg. Dato Aloyah Binti Mamat Ketua Pengarah Imigeresen Malaysia

.

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121229

moha qrcode