KUCHING, 11 Oktober 2014 ÔÇô Penganjuran Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014 ini dengan tema ÔÇ£ Cabaran dalam melaksanakan POCAÔÇØ merupakan program tahunan anjuran Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM). SEKAM juga merupakan platform perkongsian ilmu pengetahuan mengenai isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam
Penganjuran SEKAM ini dapat mempertingkatkan pemahaman intelektual berhubung dengan aspek keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia khususnya berkaitan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014. Program ini juga dapat memperluaskan jaringan kerjasama antara jabatan dan agensi penguatkuasaan, serta akademik; dan mendapatkan maklumbalas daripada peserta khususnya pegawai penguatkuasa mengenai pelaksanaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014.
Seminar SEKAM ini telah dirasmikan oleh Dato' Sri Mohamad Khalid Bin Hj. Shariff
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan turut hadir  YBhg. Dato' Alwi Bin Haji Ibrahim Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) dan semua Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri.