OUTREACH BERSAMA TKSU KANAN (KESELAMATAN) BERSAMA PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI NEGERI MELAKA
Selasa 9 Dis 2014, Urusetia Lembaga Parol bersama Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka telah mengadakan outreach bersama orang yang di Parol bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Sungai Udang, Melaka.
Program yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) YBhg DatoÔÇÖ Alwi Ibrahim ini mendapat kerjasama dari pelbagai agensi seperti PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO bertujuan memberi peluang kepada bekas bekas parol dan orang yang di Parol untuk kembali ke pangkuan keluarga serta mampu hidup berdikari.
Selain itu memberi peluang kepada mereka untuk menjalani kehidupan seperti biasa setelah dibebaskan dan mencari pekerjaan.