PERHIMPUNAN BULANAN DAN AMANAT TAHUN BARU 2015 KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya, 15 Januari 2015 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah hadir menyempurnakan Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baru 2015  bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Dewan Auditorium, Kompleks D Putrajaya.
Dalam ucapan perasmian, Menteri Dalam Negeri mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Dato Alwi Bin Haji Ibrahim dan Pengurusan Tertinggi lain yang telah mengambil tanggungjawab ini sepanjang ketiadaan YBhg. Dato Seri KSU.
Menteri  Dalam Negeri juga menjelaskan mengenai status seorang rakyat Malaysia bernama Paul Wei Seng Phua atau Paul Phua yang dituduh terlibat dengan aktiviti perjudian haram di Amerika Syarikat dan kini sedang dibicarakan di Mahkamah negara tersebut di dalam Sidang Media. 
Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pembangunan & Perolehan) DatoÔÇÖ Sri Adenan.