telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MALAYSIA KINI DI TAHAP 2 PEMERHATIAN

PUTRAJAYA; 27 JULAI 2015: Komitmen dan inisiatif Malaysia yang diterajui KDN dalam menangani jenayah khususnya mengenai isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran susulan Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) Tahun 2014 ternyata berkesan. Laporan JNAS Tahun 2015 mengenai Pemerdagangan Orang terhadap 188 buah negara yang meliputi aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan bertarikh 23 Julai 2015 meletakkan Malaysia di Tahap 2 Pemerhatian.

Peningkatan dari Tahap 3 (2014) ke Tahap 2 (2015) ternyata merupakan satu lagi pencapaian negara melalui KDN di bawah kepimpinan berwawasan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, MDN. Pencapaian dalam memperbaiki kedudukan bukan sekadar pengiktirafan antarabangsa malahan telah melonjakkan imej negara ke tahap terbaik memandangkan Tahap 3 dirumuskan sebagai negara yang tidak mematuhi sepenuhnya piawai minimum dan kerajaannya tidak menunjukkan kesungguhan untuk memerangi jenayah tersebut.

Antara terjemahan komitmen negara ialah melalui penubuhan High Level Committee (HLC) yang diPengerusikan oleh MDN pada 3 Julai 2014 bagi membincangkan langkah-langkah penambahbaikkan. HLC berfungsi sebagai mekanisme kekal pembuatan keputusan dasar dalam menangani jenayah ini. Terjemahan inisiatif kehadapan negara pula ialah pindaan pada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masingnya pada 16 Jun 2015 pada 7 Julai 2015 lalu.

Kesimpulannya komitmen dan inisiatif utama tersebut membuktikan ketegasan negara dalam memerangi sebarang bentuk perbuatan exploitasi terhadap mangsa. Ini kerana perbuatan pemerdaganan orang adalah melibatkan perbuatan pemerolehan tenaga kerja secara paksaan meliputi merekrut, mengangkut, memindah, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang. Manakala, penyeludupan migran melibatkan perbuatan mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau sebaliknya kemasukkan/pengeluaran seseorang secara tidak sah ke dalam/luar negara. Kedua-dua perbuatan tersebut adalah membabitkan aktiviti rentas sempadan dan bagi maksud ekpsloitasi serta lazimya dilakukan tanpa perikemanusiaan. 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121208

moha qrcode