Sibu, Sarawak, 30 Januari 2016: Majlis sambutan Hari RELA 2016 di sempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri (KDN) bersama kehadiran YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak. YBhg Dato’ Sri Alwi Hj. Ibrahim dan YBhg. Datuk Kamariah Mohd Noah, Ketua Pengarah RELA merupakan antara hadir semasa acara perasmian yang berlangsung di Dataran Sibu Fasa II.
Sejumlah 10000 orang yang terdiri daripada warga RELA Sarawak, kakitangan RELA / jabatan serta agensi di bawah KDN, pemimpin dan penduduk tempatan hadir bagi memeriahkan acara sambutan.
Pelaksanaan majlis sambutan di Sibu Sarawak telah memberi peluang kepada warga RELA khususnya di Negeri Sarawak bagi mendengar amanat YAB TPM dan Ketua Menteri mengenai halatuju dan pembabitan RELA dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
Objektif program menurut KP RELA adalah:
•Memberi semangat kepada para anggota dalam memastikan transformasi dalam RELA secara khususnya bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan selain menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan negara dan masyarakat.
•Menanam rasa bangga anggota RELA yang dianggap Duta Kecil Kerajaan dalam membantu menangani masalah / isu tempatan berlandaskan konsep 5K1P iaitu Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan, Keharmonian, Kesatuan dan Perpaduan.
•Menterjemahkan tanda terima kasih dan penghargaan Pengurusan Kementerian dan Jabatan serta Kerajaan terhadap kegigihan dan sumbangan anggota RELA yang telah banyak berbakti dan berjasa demi negara
•Memupuk kebersamaan dan budaya berganding bahu antara warga RELA bersama pemimpin tertinggi RELA dan KDN serta pemimpin-pemimpin negara berganding bahu memastikan negara aman, maju dan selamat sentiasa melalui slogan semangat sukarelawan, DARI RAKYAT, BERSAMA RAKYAT, UNTUK RAKYAT.
Kemuncak acara majlis sambutan adalah pemakaian pangkat oleh YAB Perdana Menteri kepada tiga (3) orang personaliti tempatan.
BIL
|
PERSONALITI
|
PANGKAT
|
1 |
YBhg. Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah binti Haji Anu
Isteri Ketua Menteri Sarawak
|
Timbalan Pesuruhjaya RELA (Kehormat) |
2 |
YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
|
Timbalan Pesuruhjaya RELA (Kehormat) |
3 |
Hii Chang Kee
Residen Bahagian Sibu
|
Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (Bersekutu) |
Selain itu, YAB Perdana Menteri turut melancarkan Pelancaran Buku Manual Pengurusan Penugasan dan Pengoperasian RELA yang merupakan standard operation prosedur (SOP) yang diseragamkan pemakaiannya untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan memberikan pengurusan dan khidmat terbaik anggota-anggota petugas dilapangan.