12 November 2016: YBhg Dato' Sri Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri hari ini telah mengadakan Lawatan Kerja ke Taiping Perak dan Juru Pulau Pinang. Beliau memulakan lawatan kerjanya dengan melawat ke Pusat Koreksional Kamunting bagi meninjau kerja-kerja menaiktaraf dan membaik pulih kuarters Pusat Koreksional dan Pusat Tahanan disini. Sejurus selesai melawat Pusat Koreksional Kamunting Taiping Perak, beliau mengadakan lawatan ke tapak Pembinaan Depot Tahanan dan Kuarters Jabatan Imigresen Malaysia, Juru Pulau Pinang. Pembinaan Depot Tahanan dan Kuarters ini akan bermula pada penghujung tahun ini dan dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2020.
Selesai lawatan ke tapak pembinaan tersebut YBhg . Dato' Sri Alwi turut meluangkan masa melawat Kompleks Penjara Seberang Perai Pulau Pinang yang bersebelahan.
Turut mengiringi beliau dalam lawatan kerja ini adalah Bhg. Dato' Wan Abdul Rahman Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), YBhg. Dato' Abdul Halim bin Abdul Rahman,Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan) Jabatan Imigresen Malaysia, YBhg. Dato' Muhamad Sade bin Mohamad Amin, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, YBrs. Tn Che Murad bin Ramjan, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN serta pegawai-pegawai KDN, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.