telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Pasport Gantian Percuma Untuk Mangsa Banjir Pulau Pinang (2)

Pulau Pinang: Orang ramai yang pasport mereka rosak atau hilang dalam kejadian banjir di negeri ini Ahad lepas, boleh membuat permohonan pasport gantian secara percuma di pejabat Imigresen berhampiran mulai esok hingga 31 Dis ini.

 

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata permohonan pasport gantian berkenaan adalah untuk pasport yang rosak atau hilang akibat kejadian banjir itu dan belum tamat tempoh. "Mangsa banjir yang terlibat, segeralah buat laporan di pejabat Imigresen terlebih dahulu dan hendaklah membuktikan ia (pasport hilang atau rosak) disebabkan bencana bukan kecuaian," katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Tinjauan Mesra Misi Cakna Kebajikan dan Gotong Royong Pasca Banjir Jabatan Imigresen di sini hari ini.

 

Beliau berkata kuarters jabatan berkenaan di sini, turut terjejas dalam kejadian banjir tersebut dan anggaran kerugian bagi 40 unit kuarters untuk 70 keluarga itu ialah kira-kira RM400,000.

 

BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1408753

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 12 June 2024.
Visitor Count : 1102503

moha qrcode