Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara inisiatif terbaharu adalah proses mendapatkan Mykad kini boleh dibuat dalam tempoh hanya 45 minit.

 

 

Namun begitu ujarnya, soal keselamatan dan kualiti Mykad tidak pernah dipandang ringan biarpun ia diproses dalam masa yang singkat.

 

"Inilah transformasi yang kerajaan buat bagi memberi kemudahan kepada rakyat dan semuanya tanpa kos kepada orang ramai.

 

"Biarpun ada pihak yang memandang rendah semua langkah yang diambil namun ia dipandang tinggi oleh badan-badan dunia," katanya ketika berucap pada Program Turun Padang anjuran JPN di sini hari ini.

 

Yang turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah.- UTUSAN ONLINE