Dalam ucapannya beliau telah menyarankan agar keselamatan dimasyarakatkan dengan kepemimpinan masyarakat diperkasa dengan aspek keselamatan yang memiliki jawatankuasa keselamatan di peringkat negeri dan daerah.
Program kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan wakaf naskah Al-Quran kepada masjid serta surau kawasan berhampiran. Program turut meraikan anak-anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin dari kawasan sekitar Pagoh.
Selesai majlis berbuka puasa YBhg Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bersama para hadirin menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih. Jemaah kemudiannya bersama-sama menikmati sedikit jamuan moreh yang disediakan.
Program telah dihadiri kira-kira 1,300 tetamu yang terdiri daripada masyarakat setempat, pegawai dan kakitangan KDN, Jabatan dan Agensi di bawahnya.
Hadir sama dalam program ini ialah YAB Dato’ Osman Sapian, Menteri Besar Johor, YBhg Dato’ Sri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Ketua-Ketua Pengarah Jabatan serta Agensi KDN .