telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Soalan Lazim Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Keanggotaan
Saya ingin menjadi anggota RELA. Apakah syarat-syaratnya?
 

Jawapan :

a. Warganegara Malaysia (mempunyai MyKad)
b. Berumur 18 tahun ke atas
c. Sihat tubuh badan
d. Tidak menganggotai mana-mana pasukan sukarelawan lain yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis
e. Tiada rekod jenayah

Di manakah boleh saya dapatkan borang permohonan ?
 

Jawapan :

Borang permohonan boleh di dapati di semua Pejabat RELA Daerah, Negeri atau melalui laman web rasmi myrela.moha.gov.my. Semua permohonan mestilah dihantar ke Pejabat RELA daerah berhampiran beserta dua (2) keping gambar berukuran passport dan satu salinan kad pengenalan. Semua permohonan yang layak akan diberi sekeping kad keanggotaan RELA.

Apakah dikenakan sebarang bayaran untuk menjadi anggota RELA?
  Jawapan :

Pendaftaran anggota RELA adalah percuma.

Apakah saya diberikan elaun sekiranya saya menjadi anggota RELA ?
 

Jawapan :

RELA ditubuhkan atas semangat kesukarelaan. Itulah menjadi asas kekuatan pasukan RELA sehingga hari ni. Walaubagaimanapun, anggota RELA akan dibayar elaun sekiranya mereka terlibat dengan penugasan dan tugasan kawalan samada di peringkat daerah atau negeri. Bayaran elaun adalah tertakluk kepada kadar bayaran elaun semasa jabatan.

Adakah saya akan diberikan pakaian seragam ?
 

Jawapan :

Pakaian Operasi Digital (POD) akan diberikan secara percuma kepada semua anggota RELA. Sila berhubung dengan Pejabat RELA Daerah berdekatan anda untuk maklumat lanjut.

Saya dengar dengan menjadi anggota RELA , kita akan diberikan senapang patah ?
 

Jawapan :

Pemilikan senjata tidak dianugerahkan kepada semua anggota. Permohonan seseorang anggota RELA bagi memiliki senjata adalah tertakluk kepada pertimbangan dan sokongan dari Pegawai RELA Daerah berkaitan dan seseorang hendaklah melepasi syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan. Namun begitu, pihak Polis mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan sesuatu permohonan itu.

Adakah saya berpeluang dinaikkan pangkat dalam pasukan RELA ?
 

Jawapan :

Semua anggota RELA berpotensi untuk dinaikan pangkat. Pertimbangan untuk kenaikkan pangkat ini dinilai oleh Pegawai RELA Daerah berdasarkan komitmen, kerjasama, sumbangan, keaktifan serta prestasi seseorang anggota itu. Tahap tertinggi yang boleh disandang oleh seorang anggota RELA adalah sebagai Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK). Selain itu, mereka mesti menghadiri kursus-kursus yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan itu sebelum dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.

Saya seorang wanita. Sesuai kah saya menjadi anggota RELA ?
 

Jawapan :

Keanggotaan RELA adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tidak menganggotai mana-mana pasukan sukarelawan yang lain, sihat tubuh badan dan tiada rekod jenayah.

Apakah keistimewaan jika menjadi seorang anggota RELA ?
 

Jawapan :

a. Caj rawatan dan kemudahan wad percuma bagi anggota-anggota yang terlibat kemalangan semasa bertugas
b. Perlindungan insurans sekiranya terlibat kemalangan ketika bertugas
c. Latihan percuma di pusat-pusat latihan
d. Elaun latihan dan bertugas mengikut kadar bayaran elaun semasa jabatan
e. Pakaian seragam percuma
f. Keahlian percuma

Latihan
 1  Adakah saya perlu menjalani latihan atau kursus ?
 

Jawapan :

Semua anggota RELA berpeluang mengikuti Kursus Pengenalan selama dua (2) hari yang dianjurkan oleh Pejabat RELA Daerah. Kursus ini akan mendedahkan seseorang anggota RELA itu tentang tugas dan tanggungjawab RELA masa kini. Anggota-anggota RELA boleh memohon untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan di mana-mana Pusat Latihan RELA seluruh Malaysia.

Bolehkah saya mendapat cuti sekiranya saya ingin mengikuti latihan atau tugasan yang dianjurkan oleh RELA ?
 

Jawapan :

Ya, majikan hendakah memberikan cuti sekiranya mana-mana anggota dipanggil untuk menjalani latihan. Mengikut Undang-undang Malaysia, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (Akta 752), Seksyen 11 (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, jika mana-mana orang dalam pengajiannya yang merupakan seorang anggota RELA dipanggil untuk menjalani latihan di bawah Akta ini, memberi orang itu apa-apa cuti selama tempoh latihan itu untuk membolehkan orang itu menjalani latihan.

Apakah kursus-kursus yang disediakan dalam pasukan RELA ?
 

Jawapan :

RELA menyediakan pelbagai kursus kepada anggota –anggota RELA bagi mempersiapkan anggota dengan pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak jabatan. Sila rujuk di Pejabat RELA Daerah berhampiran bagi mengetahui kursus-kursus RELA yang terkini. Semua kursus ini adalah percuma kepada anggota RELA.

Di manakah kursus tersebut diadakan ?
 

Jawapan :

Semua latihan dan kursus akan diadakan di Pusat Latihan RELA seluruh Malaysia seperti di Bukit Selambau, Kedah, di Kuala Berang, Hulu Terengganu, di Sungai Udang, Melaka dan di Tuaran, Sabah. Manakala bagi Sarawak, latihan akan diadakan di tempat-tempat yang ditentukan oleh Bahagian Latihan negeri berkenaan kerana pusat latihan bagi negeri ini masih dalam peringkat pembinaan.

Operasi
Apakah jaminan jika berlaku kemalangan ke atas seseorang anggota RELA ?
 

Jawapan :

Seseorang anggota RELA itu disarankan agar mencarum dalam Insuran Berkelompok yang diperkenalkan oleh RELA dengan kadar caruman sebanyak RM 40.00 setahun bagi setiap individu. Insuran ini memastikan seseorang anggota RELA itu mendapat perlindungan setiap masa. Selain tu, seseorang anggota RELA itu layak mendapat layanan Kelas Dua di mana-mana hospital kerajaan jika mendapat kemalangan ketika bertugas. Kerajaan juga akan memberi pertimbangan untuk membayar pampasan di bawah Tabung Amanah Perwira Negara jika seseorang anggota RELA terkorban ketika menjalankan tugas untuk negara.

Apakah kebajikan yang disediakan bagi seseorang anggota RELA.
  Jawapan :

Kebajikan setiap anggota RELA akan diberikan keutamaan. Setiap anggota RELA akan mendapat kelayakan rawatan Kelas Dua di mana-mana hospital kerajaan sekiranya mengalami musibah ketika bertugas. Mereka juga berpeluang mencarum dalam insurans berkelompok yang disyorkan oleh RELA. Selain itu, mereka mendapat sedikit imbuhan dari Tabung Amal Jariah RELA berdasarkan jenis musibah yang dialami. Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan insurans percuma kepada 100,000 anggota RELA yang aktif diseluruh negara sebagai insentif kepada sumbangan mereka. Bagi anggota RELA yang terkorban ketika bertugas, pertimbangan boleh dilakukan untuk membolehkan mereka mendapat pampasan dari Tabung Amanah Perwira Negara.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 03 October 2024.
Visitor Count : 1115710

moha qrcode