telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Soalan Lazim Keselamatan

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Bahagian Keselamatan
Piroteknik
Siapakah yang boleh memohon?
  Jawapan :

Syarikat yang pernah memperoleh kelulusan dari Kementerian serta mendapat surat lantikan sebagai kontraktor.
Adakah ajensi kerajaan lain berperanan di dalam permohonan untuk mengadakan pertunjukan piroteknik?
  Jawapan :

Kelulusan Kementerian merupakan keputusan dasar dan permohonan adalah tertakluk kepada arahan-arahan teknikal semasa pembakaran daripada agensi lain seperti PDRM (security), Bomba (safety) dan Jabatan Penerbangan Awam (laluan udara).
Siapakah yang layak untuk dilantik sebagai pakar piroteknik?
  Jawapan :

Individu perlu rakyat Malaysia, mempunyai sijil kelayakan pakar piroteknik, tiada rekod jenayah dan bukan anggota pasukan keselamatan atau mana-mana pasukan beruniform Malaysia yang masih berkhidmat.
Bolehkah saya memohon untuk mendapat lesen bagi mengedar atau menjual bahan letupan jenis piroteknik?
  Jawapan :

Kementerian dan PDRM tidak mengeluarkan sebarang lesen bagi mengedar atau menjual bahan letupan jenis piroteknik. Bahan letupan jenis ini (atau lebih dikenali sebagai bunga api atau mercun) yang dibenar untuk diimport dan dijual adalah dari jenama 'Happy Boom' dan 'Pop-pop'. Bahan letupan lain adalah diharamkan dan pembakaran hanya dibenar sekiranya mendapat kelulusan dari Menteri Dalam Negeri.
Apakah kesilapan biasa yang dilakukan oleh pemohon?
  Jawapan :

a. Tidak melantik syarikat yang berkelayakan untuk mengadakan pertunjukan piroteknik; b. Melantik juruletup dari kalangan anggota pasukan beruniform atau individu yang dilarang atau tidak berkelayakan untuk membuat pembakaran bahan piroteknik; c. Menggunakan bahan letupan yang tidak selamat atau luar tempoh; d. Memohon untuk mengadakan pertunjukan piroteknik bagi majlis yang dikategori sebagai dilarang untuk membakar bahan tersebut; e. Mengemukakan permohonan yang melewati tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian; dan f. Mengemukakan butiran pengurus majlis (event organizer) dan bukan penganjur utama (main organizer);
Senjata Api
Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bagi mengemaskinikan pengkalan maklumat Kementerian?
  Jawapan :

1. Dokumen am adalah butiran peribadi perayu (alamat terkini, nombor telefon; dan 2. Dokumen khusus yang boleh dikemukakan bergantung kepada tujuan pemilikan iaitu: - - Mencegah musuh tanaman : pemilikan tanah, pemberian kuasa penjagaan tanah, kerosakan terhadap tanaman, program penanaman semula, kepelbagaian dan jenis tanaman - Menjaga keselamatan diri dan harta benda : penyata kewangan syarikat dan peribadi yang terkini, salinan aduan kepada polis mengenai ancaman - Bersukan : sijil penyertaan di mana-mana kejohanan di peringkat tempatan atau antarabangsa mewakili kelab, negeri atau negara
Bolehkah saya mengemukakan permohonan untuk memiliki senjata terus kepada Kementerian?
  Jawapan :

Tidak. Bidang kuasa Kementerian adalah hanya untuk memeroses rayuan hanya setelah permohonan ditolak oleh pihak PDRM.
Bolehkah Kementerian mengeluarkan lesen memiliki senjatapi?
  Jawapan :

Tidak. Kementerian hanya mengeluarkan keputusan terhadap rayuan pemilikan senjatapi. Lesen pemilikan dikeluarkan oleh PDRM.
Apakah yang saya perlu buat untuk menyemak status rayuan saya?
  Jawapan :

Tuan boleh menghubungi Kementerian pada talian telefon 03-88868546 / 8541 dan menyatakan nombor fail kepada petugas. Tuan juga boleh mengirim surat kepada Kementerian atau hadir sendiri ke Kementerian setelah membuat temujanji. Tuan tidak boleh melantik wakil bagi urusan rayuan bagi mengelakkan kes-kes penipuan dan salah guna kuasa.
Apakah yang perlu saya buat setelah menerima surat kelulusan dari Kementerian?
  Jawapan :

Perayu perlu merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertanggungjawab dalam tempoh lima (5) minggu daripada tarikh surat kelulusan tersebut.
Bagaimana sekiranya saya ingin menambah syarat kepada lesen saya?
  Jawapan :

Bagi pemilik lesen yang menerima kelulusan dari PDRM maka permohonan untuk menambah syarat boleh dibuat kepada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman. Sekiranya kelulusan pemilikan senjatapi diperolehi dari Kementerian, maka pemilik lesen boleh mengemukakan permohonan terus kepada Kementerian menerusi Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam.
Bolehkah saya merayu terhadap keputusan Menteri untuk menolak permohonan saya?
  Jawapan :

Tidak. Seksyen 30(4) memperuntukkan bahawa sebarang keputusan Menteri adalah kekal dan muktamad.
Apakah yang saya perlu buat sekiranya permohonan saya ditolak?
  Jawapan :

Perayu perlu mengemukakan permohonan yang baru di Ibu Pejabat Polis Daerah yang bertanggungjawab dengan menyertakan asas-asas permohonan untuk pertimbangan.
Bolehkah saya merayu terus kepada Kementerian walaupun keputusan daripada Ketua Polis Negara belum diterima
 

Jawapan :

Tidak. Seksyen 30(4) memperuntukkan bahawa kuasa Menteri untuk mempertimbangkan sebarang kes adalah hanya setelah ianya ditolak oleh pihak PDRM.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 19 April 2024.
Visitor Count : 1085453

moha qrcode