telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Soalan Lazim Pejabat Penapisan Filem

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan.


1. Apakah filem yang perlu ditapis?

Filem termasuklah apa-apa bahagian atau keseluruhan rakaman pada apa-apa jenis bahan yang boleh menyimpan data bagi tujuan tayangan di pawagam, penjualan, penyewaan, pengedaran, penayangan, penyiaran ataupun penyebaran secara awam.

 

2. Apakah peruntukan yang terdapat dalam Akta Penapisan Filem 2002?

Terdapat sebanyak 56 seksyen dalam Akta Penapisan Filem.

Seksyen 2(3): Ketidakpakaian menyatakan bahawa:

“Akta ini tidak boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan melalui internet atau melalui intranet.”

 

3. Apakah peranan Lembaga Penapis Filem (LPF)?

LPF bertanggungjawab menapis semua filem dan bahan publisiti filem yang diedar, dijual dan dipamerkan kepada umum berdasarkan akta ini dan Garis Panduan Penapisan Filem. Penapisan Filem yang dibuat adalah berdasarkan empat (4) aspek utama iaitu Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Keagamaan, Sosiobudaya dan seterusnya Ketertiban dan Ketatasusilaan.
LPF juga merupakan badan penasihat kepada penerbit, pengarah filem dan penggiat seni dalam menghasilkan filem-filem agar tidak tersasar dari empat aspek utama tersebut.

 

4. Apakah peranan Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF)?

JKRF diwujudkan di bawah (Akta 620) dan ahli-ahlinya dilantik oleh Menteri. JKRF bertanggungjawab bagi menimbang rayuan mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat LPF terhadap sesuatu filem atau bahan publisiti filem. Permohonan rayuan hendaklah dibuat dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan penapisan.

 

5. Bagaimanakah Proses Permohonan Penapisan Filem dijalankan?

Pemohon yang ingin membuat permohonan penapisan filem mestilah terlebih dahulu membuat pendaftaran syarikat dengan Bahagian ini.

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web http://www.moha.gov.my atau mendapatkannya di kaunter One Stop Centre, Aras G, Blok D1, Kompleks D, Putrajaya.

Borang permohonan yang telah lengkap bersama-sama dengan filem kemudiannya dihantar ke Kaunter One Stop Centre.

Hanya permohonan yang lengkap mengikut senarai semak akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Penapisan Filem (e-filem) dan diteruskan dengan proses penapisan.

Selepas kelulusan penapisan dilakukan oleh Pengerusi LPF, Sijil Perakuan A akan dicetak dan diberikan kepada pemohon dalam masa lima (5) hari bekerja.

 

6. Apakah perbezaan Perakuan A dan Perakuan B?

Perakuan A dikeluarkan setelah sesuatu filem telah diluluskan atau diubah (sekiranya perlu) sebagaimana yang disyorkan oleh LPF.

Manakala Perakuan B pula dikeluarkan bagi tiap-tiap salinan filem atau bahan publisiti filem yang dihasilkan.

 

7. Apakah kategori pengkelasan Filem dan perbezaannya?

UNTUK TONTONAN UMUM
sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat (memaparkan nilai-nilai murni, sopan dan memberi pengajaran yang baik).

UNTUK TONTONAN 13 TAHUN KE ATAS
Bimbingan ibubapa diperlukan bagi kanak-kanak berumur 13 tahun dan ke bawah (mengandungi unsur-unsur ganas atau seram).

UNTUK TONTONAN 18 TAHUN KE ATAS
Mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan ngeri yang tidak keterlaluan atau yang menyentuh aspek agama, sosial dan politik.

 

8. Apakah perbezaan FINAS dan BKF?

FINAS adalah satu agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang bertanggungjawab menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan perfileman Malaysia serta membantu dalam memartabatkan filem tempatan supaya mampu bersaing dengan industri perfileman asing.

BKF adalah bahagian di bawah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas pengurusan filem dan bahan publisiti filem penapisan dan penguatkuasaan Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620).

 

9. Adakah BKF turut mengawal kandungan dan informasi yang terdapat dalam siaran radio? Apakah undang-undang khusus yang digunakan?

BKF tidak mempunyai kuasa dalam menyekat kandungan yang disiarkan melalui radio (seperti muzik) ini kerana penapisan kandungan audio atau muzik tidak dilindungi di bawah Akta Penapisan Filem, melainkan jika ia disertai dengan video (iaitu Video Muzik ). Kandungan siaran radio adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan Suruhanjaya Multimedia (SKMM), yang beroperasi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kemaskini Oktober 2017

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 March 2024.
Visitor Count : 1077276

moha qrcode