JAWATANKAUASA RAYUAN FILEM (JKRF) ditubuhkan di bawah Seksyen 22 (1), Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) dan terdiri daripada anggota berikut:-
Seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
Seorang Naib Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
Ketua Polis Negara, atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan dengan penapisan filem dan bahan publisiti filem, atau wakilnya;
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengawalseliaan penyiaran, atau wakilnya;
Ketua Pengarah Pendidikan, atau wakilnya; dan
Tiga belas anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.