telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA MENGENAI COMANGO

Dengan ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa berdasarkan rekod yang disemak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Coalition Of Malaysian NGOs In The UPR Process (COMANGO) adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar.

Antara matlamat pertubuhan berkenaan antara lain ialah memperjuangkan hak yang menyeleweng daripada Agama Islam iaitu SOGI ÔÇô Sexual Orientation & Gender Identity iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons). Ia adalah sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

COMANGO adalah sebuah gabungan pertubuhan NGO Malaysia yang telah menghantar laporannya ke Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) (UPR) di Geneva yang berlangsung setiap empat (4) tahun sekali (kali pertama pada tahun 2009).

Gabungan ini kebanyakannya terdiri daripada pertubuhan bukan berasaskan Islam dan sebahagian besarnya tidak berdaftar.

Sebanyak lima puluh empat (54) buah pertubuhan yang bergabung dan bernaung di bawah COMANGO, hanya lima belas (15) pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) (seperti di lampiran).

Setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara, ia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen  41(1) (b).

KDN, 8 Jan 2014

#####

Lampiran A

PERTUBUHAN (NGO) YANG BERDAFTAR DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN 1966

PERSATUAN KESEDARAN KOMUNITI SELANGOR (EMPOWER)

EDUCATION AND RESEARCH ASSOCIATION FOR CONSUMERS MALAYSIA (ERA CONSUMER)

ALL PETALING JAYA, SELANGOR RESIDENTS ASSOCIATION (APAC)

ALL WOMENÔÇÖS ACTION SOCIETY KUALA LUMPUR & SELANGOR (AWAM)

ASSOCIATION OF WOMEN WITH DISABILITIES MALAYSIA

COALITION TO ABOLISH MODERN DAY SLAVERY IN ASIA (CAMSA)

SOCIETY FOR RIGHTS OF INDIGENOUS PEOPLE OF SARAWAK)(SCRIPS)

GOOD SHEPHERD WELFARE CENTRE

MALAYSIAN PHYSICIANS FOR SOCIAL RESPONSIBILITY

PERSATUAN MASYARAKAT SELANGOR DAN KUALA LUMPUR (PERMAS)

PERAK WOMEN FOR WOMEN SOCIETY

SAHABAT WANITA SELANGOR

SABAH WOMENÔÇÖS ACTION-RESOURCE GROUP (SAWO)

WOMENÔÇÖS AID ORGANISATION, MALAYSIA (WAO)

KUALA LUMPUR AND SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL

Lampiran B

PERTUBUHAN (NGO) YANG TIDAK BERDAFTAR DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN 1966

 

AMNESTY INTERNATIONAL, MALAYSIA

ASEAN INSTITUTE FOR EARLY CHILDHOOD DEVELOPMENT,ASSOCIATION OF WOMENÔÇÖS LAWYERS (AWL)

CENTRE FOR INDEPENDENT JOURNALISM (CIJ)

CHILDLINE MALAYSIA

CHRISTIAN FEDERATION MALAYSIA

COMMUNITY ACTION NETWORK (CAN)

DIGNITY INTERNATIONAL

FOREIGN SPOUSES SUPPORT GROUP

HEALTH EQUITY INITIATIVES

JARINGAN KAMPUNG ORANG ASLI SEMENANJUNG MALAYSIA (JKOASM)

JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)

JUSTICE FOR SISTERS

PUSAT KOMUNIKASI SELANGOR (KOMAS)

KNOWLEDGE AND RIGHTS WITH YOUNG PEOPLE THROUGH SAFER SPACES (KRYSS)

KLSCAH CIVIL RIGHTS COMMITTEE

LAND EMPOWERMENT ANIMALS PEOPLE (LEAP)

MALAYSIANS AGAINST DEATH PENALTY AND TORTURE (MADPET)

MALAYSIA CHILD RESOURCE INSTITUTE (MCRI)

MALAYSIA YOUTH & STUDENT DEMOCRATIC MOVEMENT (DEMA)

MIGRATION WORKING GROUP (MWG)

PANGGAU

PS THE CHILDREN

PI FOUNDATION

PEOPLEÔÇÖS SERVICE ORGANISATION (PSO)

SEKSUALITI MERDEKA

PERSATUAN GURU-GURU TADIKA SEMENANJUNG MALAYSIA (PGGT)

PERSATUAN KOMUNITI PRIHATIN SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

RAINBOW GENDERS SOCIETY

SOUTHEAST ASIAN CENTRE FOR E-MEDIA (SEACem)

SINUI PAI NANEK SENGIK (SPNS)

SIS FORUM (MALAYSIA) BHD (SIS)

TENAGANITA

VOICE OF THE CHILDREN (VOC)

WRITERSÔÇÖ ALLIANCE FOR MEDIA INDEPENDENCE (WAMI)

WOMEN CENTRE FOR CHANGE, PENANG (WCC)

YAYASAN CHOW KIT

YOUNG BUDDHIST ASSOCIATION YOUTH SECTION

CHILD RIGHT COALITION MALAYSIA (CRCM)

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 November 2024.
Visitor Count : 1121348

moha qrcode