telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI ÔÇô PELANCARAN PROSEDUR STANDARD OPERASI (SOP) AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (ATIPSOM) 2007

Majlis Pelancaran Prosedur Standard Operasi (SOP) Penguatkuasaan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.B. Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar (Y.B. TMKDN) bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada 21 November 2013 (Khamis). Pelancaran tersebut dilaksanakan sejurus selepas Mesyuarat Bulanan MAPO Bilangan 11 Tahun 2013 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, DatoÔÇÖ Alwi bin Hj. Ibrahim.

Majlis Pelancaran SOP Penguatkuasaan oleh YB TMKDN adalah untuk meuar-uarkan kepada umum mengenai SOP Penguatkuasaan yang akan digunapakai oleh agensi penguatkuasa di bawah MAPO iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK). SOP ini adalah bagi memastikan bahawa segala tindakan yang diambil oleh agensi-agensi penguatkuasa dalam menguatkuasakan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 adalah seragam dan teratur sebagaimana yang termaktub di dalam SOP.

SOP ini adalah signifikan sebagai rujukan dan garis panduan serta memberikan kefahaman kepada pegawai-pegawai penguatkuasa bagi kes-kes pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta seterusnya boleh mempertingkatkan peratus sabitan bagi kedua jenayah ini pada masa akan datang.

SOP Penguatkuasaan ini juga adalah selaras dengan cadangan oleh Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (US TIP Report) mengenai Pemerdagangan Orang bagi memperbaiki dan memperkukuhkan elemen penguatkuasaan bagi menangani jenayah tersebut.

Pelancaran SOP ini melambangkan usaha dan komitmen berterusan Negara untuk membanteras dan tidak berkompromi dengan kedua jenayah ini sama ada ianya dilakukan oleh individu perseorangan mahupun sindiket jenayah terancang. Ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kredibiliti dan integriti Negara di persada antarabangsa.

 

#############

 

Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur 21112013

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1088382

moha qrcode