telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI PADA MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN LEMBAGA PENAPIS FILEM YANG KE-60

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DALAM NEGERI

MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN

LEMBAGA PENAPIS FILEM YANG KE-60

Putrajaya, 27 Mei 2014

 

PERKARA 1: Permohonan penapisan secara online

 

1. Pada masa ini, Lembaga Penapis Filem (LPF) masih menggunakan kaedah penapisan secara manual di mana para pengedar filem dan pengeluar filem menghantar filem secara fizikal kepada LPF dan LPF akan menonton tapis filem dan menyediakan laporan penapisan.

2. Stesen TV satelit seperti ASTRO, Hypp TV dan ABN telah melaksanakan penerimaan filem sistem online yang mana filem untuk ditayangkan diterima secara online dan bukan lagi secara fizikal

3. Maka, sudah tiba masanya LPF berubah kepada penerimaan permohonan penapisan filem secara online sepenuhnya bagi menampakkan cara keja yang lebih moden, cekap, cepat dan menghasilkan keputusan yang lebih diyakini.

 

PERKARA 2: Kadar Bayaran Penapisan Filem

 

1. Dalam usaha meningkatkan kecekapan penapisan filem, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan iaitu menaiktaraf prasarana seperti panggung, sistem pengkomputeran dan peralatan bagi meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan proses kerja penapisan filem selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi dalam industri perfileman. Pada tahun 2012, KDN telah menaiktaraf 4 buah panggung yang melibatkan kos RM2,145,500.00 termasuk 2 panggung berteknologi digital bagi membolehkan tugas tonton tapis filem-filem bagi format 2D dan 3D dilaksanakan.

2. Selain itu, percetakan Perakuan B juga ditambahbaik dengan menggunakan teknologi 2D Barkod bagi memastikan ketulenan dan keselamatan filem yang ditapis oleh LPF.

3. Dalam masa terdekat, beberapa penambahbaikan juga sedang dirancang untuk dilaksanakan di mana penghantaran filem digital secara online dan kaedah penapisan secara online. 

4. Usaha-usaha penambahbaikan ini akan memberi faedah kepada semua pihak terutamanya dari sudut para pengedar filem untuk menjamin keselamatan filem dari diciplak dan proses penapisan lebih pantas.

5. Sungguhpun begitu, setiap perkhidmatan yang diberikan oleh LPF melibatkan bayaran. Bayaran penapisan filem sepertimana tuan/ puan sedia maklum adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Penapisan Filem (Fi) Tahun 1984. Dan sejak itu hingga kini kadar bayaran tidak pernah dinaikkan yang mana tempohnya menjangkau 30 tahun. Oleh yang demikian, selaras dengan usaha-usaha penambahbaikan sewajarnya kadar bayaran dikaji semula.

 

-tamat-

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1089133

moha qrcode