telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MENGENAI ARTIKEL DI DALAM NEW SUNDAY TIMES BERTAJUK ÔÇ£CAN JOHOR MB SAY ÔÇÿNOÔÇÖ TO ROYALTY: NEWS ON OPENING UP SENSITIVE SECURITY SERVICES WORRIES JOHOREANSÔÇØ

KENYATAAN MEDIA 

DATOÔÇÖ SRI MOHAMAD KHALID BIN HAJI SHARIFF,

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

MENGENAI ARTIKEL DI DALAM NEW SUNDAY TIMES BERTAJUK ÔÇ£CAN JOHOR MB SAY ÔÇÿNOÔÇÖ TO ROYALTY: NEWS ON OPENING UP SENSITIVE SECURITY SERVICES WORRIES JOHOREANSÔÇØ

 

1. ┬á ┬á ┬á ┬áKementerian Dalam Negeri (KDN) ingin membuat penjelasan terhadap artikel yang ditulis oleh A. Jalil Hamid dalam akhbar New Sunday Times pada 15 Jun 2014 yang bertajuk ÔÇ£Can Johor MB say ÔÇÿNoÔÇÖ to royalty: News on opening up sensitive security services worries JohoreansÔÇØ.

2.        Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada mana-mana individu atau syarikat untuk mendapatkan lesen syarikat kawalan keselamatan atau lesen senjata api seperti yang dinyatakan oleh penulis dalam artikel tersebut. Jauh sekali Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah memberikan sebarang lesen yang dikeluarkan untuk dikendalikan oleh warganegara asing.

3.        Sebagaimana semua pihak telah sedia maklum, Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah kementerian yang bertanggungjawab mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada mana-mana syarikat yang ingin menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Mana-mana syarikat yang ingin menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan lesen dan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum dibenarkan beroperasi.

4.        Bagi tujuan permohonan Lesen Agensi Persendirian, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menetapkan syarat-syarat seperti berikut:

i)    Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat hendaklah terdiri daripada bekas Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkat sekurang-kurangnya Asisten Komisioner Polis (ACP) atau Kolonel; manakala bekas pegawai Kerajaan pula hendaklah sekurang-kurangnya di Gred 52. Mereka ini hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 30% ekuiti saham syarikat;

ii)   Minimum 70% pegangan ekuiti saham syarikat hendaklah dimiliki oleh Bumiputra;

iii)  Pemilikan ekuiti saham dan syarikat adalah milik warganegara Malaysia;

iv)  Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);

v)   Ahli Lembaga Pengarah dan pemegang saham hendaklah lulus tapisan keselamatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM);

vi)  Hanya syarikat kawalan keselamatan yang telah dilesenkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja layak untuk memohon lesen senjata api; dan

vii)  Lain-lain syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

Kementerian Dalam Negeri

Putrajaya

18 Jun 2014

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1089146

moha qrcode