telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG LAPORAN TAHUNAN JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI PEMERDAGANGAN ORANG (US TIP REPORT) TAHUN 2014

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

LAPORAN TAHUNAN JABATAN NEGARA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI PEMERDAGANGAN ORANG (US TIP REPORT)

TAHUN 2014

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan ini mengeluarkan kenyataan berikut:

1.            Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang (US TIP Report) Tahun 2014 telah diumumkan di Washington, Amerika Syarikat pada 20 Jun 2014. Laporan tersebut meletakkan Malaysia di Tahap 3 (Tier 3) dan ianya merupakan penurunan secara automatik selepas negara menduduki Tahap 2 pemerhatian (Tier 2 watchlist) selama empat (4) tahun berturut-turut. 

2.            Berdasarkan kepada Laporan JNAS, sesebuah negara yang diletakkan selama dua (2) tahun berturut-turut di Tahap 2 pemerhatian akan diturunkan ke Tahap 3 secara automatik pada tahun berikutnya. Malaysia dikecualikan daripada penurunan secara automatik selama dua (2) tahun lagi pada tahun 2012 dan 2013 kerana Kerajaan Amerika Syarikat (US) boleh memberikan pengecualian tambahan bagi tempoh maksimum selama dua (2) tahun. 

3.            Walaupun kedudukan Malaysia telah jatuh ke Tahap 3 dalam Laporan Tahunan JNAS 2014, ianya bukan gambaran sebenar akan komitmen atau inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi menangani jenayah ini. Kritikan utama di dalam Laporan Tahunan JNAS 2014 adalah mengenai aspek perlindungan mangsa pemerdagangan orang.

4. ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬áDalam hal ini, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa pembaharuan, antaranya dengan melaksanakan Projek Rintis ÔÇ£Rumah Perlindungan (RP) bagi mangsa-mangsa pemerdagangan orang yang disokong oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO)ÔÇ£. Kerajaan telah meluluskan dana permulaan (seed funding) sebanyak RM801,000.00 bagi tujuan pelaksanaan projek rintis tersebut. Dari segi pemeriksaan kesihatan pula, mangsa pemerdagangan orang akan menjalani pemeriksaan secara mandatori apabila mereka ditempatkan di rumah perlindungan dan dikecualikan daripada sebarang bayaran di hospital kerajaan.┬á

5.            Pelaksanaan Rumah Perlindungan NGO ini akan menggalakkan penglibatan pihak-pihak NGO di dalam aspek perlindungan mangsa-mangsa pemerdagangan orang yang selama ini diterajui oleh pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Penglibatan pihak-pihak NGO di dalam aspek perlindungan mangsa pemerdagangan orang sememangnya merupakan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara-negara maju. Di negara-negara tersebut seperti US, Australia dan United Kingdom, aspek perlindungan kepada mangsa-mangsa pemerdagangan orang diterajui oleh NGO manakala pihak Kerajaan memberikan lebih tumpuan kepada aspek-aspek lain dalam membanteras jenayah tersebut merangkumi pencegahan, penguatkuasaan dan pendakwaan.

6.            Satu lagi langkah signifikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia adalah pengumuman dasar memberikan kebenaran bekerja bagi mangsa-mangsa pemerdagangan buruh yang tidak memerlukan perlindungan dan jagaan secara lebih lanjut. Langkah ini  adalah sebagai langkah interim sementara menunggu semakan atau pindaan kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Mengikut perundangan semasa, kesemua mangsa sama ada pemerdagangan seksual mahupun buruh mesti ditempatkan di rumah-rumah perlindungan.

7.            Walau bagaimanapun, inisiatif yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Malaysia ini adalah tidak memadai kerana tidak memenuhi saranan pihak US supaya mangsa-mangsa pemerdagangan orang hendaklah bebas bergerak, dibenarkan bekerja dan tinggal di luar rumah perlindungan. Ini adalah kerana pihak US berpandangan bahawa persekitaran rumah perlindungan sedia ada tidak kondusif memandangkan mangsa-mangsa pemerdagangan orang dikurung dan tidak bebas.

8.            Perkara ini turut disarankan semasa kunjungan TYT Luis CdeBaca, Duta Khas mengenai isu pemerdagangan orang yang bertanggungjawab secara langsung ke atas Laporan Tahunan JNAS 2014 semasa rangka lawatan beliau ke Malaysia dari 29 hingga 30 Julai 2013. 

9. ┬á ┬á ┬á ┬á ┬á ┬áLaporan Tahunan JNAS 2014 turut mengkritik mengenai kebanjiran pekerja asing di negara ini yang bekerja di pelbagai sektor yang didakwa menyumbang kepada isu pemerdagangan orang terutamanya mengenai pasport pekerja yang disimpan oleh majikan dan syarikat ÔÇÿoutsourcingÔÇÖ yang terlibat dalam eksploitasi buruh. Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia pada 20 Mei 2010 telah memutuskan dasar agar pengambilan pekerja asing secara ÔÇÿoutsourcingÔÇÖ perlu diuruskan di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta. Manakala urusan permohonan pekerja asing melalui ÔÇÿoutsourcingÔÇÖ telah dibekukan mulai 15 September 2011.┬á

10.         Merujuk kepada aspek pasport pekerja asing dipegang oleh majikan, Kerajaan Malaysia amat peka kepada perkara ini di mana semasa semakan semula kepada Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan Kerajaan Indonesia mengenai pengambilan Pembantu Rumah dari negara tersebut pada tahun 2012, peruntukan pada MoU tersebut telah dipinda di mana pasport disimpan oleh pekerja. Selain itu, MoU tersebut turut memperuntukkan cuti sehari dalam seminggu bagi pembantu rumah

11. ┬á ┬á ┬á ┬á Selain itu, Kerajaan juga sentiasa berusaha memperbaiki mekanisme kemasukan pekerja asing ke negara ini. Ini dapat dilihat daripada kerjasama strategik yang dijalin oleh negara dengan negara-negara sumber pekerja asing. Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia sedang mempertingkatkan mekanisme bagi tujuan kemasukan pekerja asing ke negara ini secara lebih teratur dan sistematik. Pada awal tahun 2014, YB Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke negara Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Vietnam bagi tujuan ini. Lawatan-lawatan sebegini ke negara-negara sumber yang lain akan diteruskan. Kerajaan Malaysia juga sedang membuat semakan ke atas Sistem Berpusat Pengurusan Pekerja Asing (FWCMS) di mana permohonan boleh dibuat oleh majikan secara atas talian bagi mengelakkan berlakunya eksploitasi ke atas pekerja asing. Malahan, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) mulai 21 Oktober 2013 hingga 21 Januari 2014 bagi menyelesaikan permohonan majikan yang tidak dapat melaksanakan proses pemutihan PATI disebabkan kes penipuan agen/syarikat pengurus. Ini juga bertujuan menangani isu eksploitasi yang menjurus kepada jenayah pemerdagangan orang.Kerajaan juga dalam masa yang sama telah menunjukkan keprihatinan terhadap golongan ÔÇÿvulnerableÔÇÖ yang terdedah kepada risiko pemerdagangan orang dengan menyalurkan bantuan kemanusian secara ÔÇÿcase-by-case basisÔÇÖ meskipun negara bukanlah anggota kepada Konvensyen mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

12.         Kerajaan Malaysia menyedari akan kekangan yang dihadapi dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang terutama daripada aspek perundangan sedia ada. Walaupun terdapatnya keperluan untuk membuat semakan kepada ATIPSOM 2007 tetapi proses perbincangan dan kajian secara teliti perlu dilaksanakan melibatkan pelbagai Kementerian dan Agensi. Antara pindaan yang telah dikenal pasti merangkumi pewartaan Rumah Perlindungan NGO dan petugas NGO sebagai pegawai pelindung.

13.         Selain itu, elemen pampasan turut dikaji untuk dimasukkan di dalam ATIPSOM 2007 dan ia merupakan pindaan signifikan memandangkan selama ini kes-kes tuntutan gaji yang merupakan elemen eksploitasi buruh terlalu banyak bergantung kepada Akta Pekerjaan 1955 untuk tujuan penyelesaian. Di samping itu, kesesuaian tempoh Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO) yang diperuntukkan di bawah Akta sedia ada akan turut dikaji.

 

                                           T A M A T

 

Kementerian Dalam Negeri

Putrajaya

23 Jun 2014

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 26 April 2024.
Visitor Count : 1089007

moha qrcode