telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO)

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (MAPO)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Mengenai

LAPORAN ÔÇÿGLOBAL SLAVERY INDEX 2014ÔÇÖ

24 NOVEMBER 2014, PUTRAJAYA

_____________________________________________________________________________________________________

1. ┬á ┬á ┬á ┬áMajlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) mengambil maklum Laporan Global Slavery Index 2014 yang merangkumi penilaian ke atas 167 buah Negara. Laporan tersebut disediakan oleh sebuah NGO hak asasi manusia yang berpusat di Australia iaitu ÔÇÿThe Walk Free FoundationÔÇÖ. Laporan berkenaan menganggarkan seramai 35.8 juta manusia terlibat di dalam pelbagai bentuk perhambaan moden di mana 61 peratus (%) terdapat di lima (5) buah negara iaitu India, China, Pakistan, Uzbekistan dan Rusia.

2.        Laporan tersebut boleh dijadikan sebagai panduan oleh Kerajaan, NGO dan masyarakat perniagaan untuk memahami permasalahan ini dan mengambil tindakan yang wajar bagi menanganinya.

3.     Perhambaan moden yang dimaksudkan merangkumi tiga (3) aspek iaitu:

a)     pemerdagangan orang;

b)     perhambaan dan perlakuan perhambaan; serta

c)     buruh paksa. 

4.     Laporan berkenaan mengambil pertimbangan mengenai tiga (3) perkara iaitu: 

a)     tahap masalah perhambaan berdasarkan jumlah penduduk sesebuah Negara;

b)    tindakan Kerajaan dalam menangani perhambaan; dan

c)     ruang kepada perhambaan (vulnerability) 

5.     Laporan tersebut membuat penilaian merangkumi:

a.     tahap penularan perhambaan moden di sesebuah Negara;

b.     Negara yang mempunyai jumlah manusia yang terlibat dalam perhambaan moden;

c.     Negara yang kurang mengambil langkah untuk menangani perhambaan moden;

d.     Negara yang mengambil langkah tegas dalam menangani perhambaan moden;

e.      Negara yang mengambil langkah yang tegas dalam menangani perhambaan moden dengan kekangan sumber; dan

f.       Negara yang sepatutnya mengambil tindakan lebih banyak berdasarkan kepada sumber mereka.

6. ┬á ┬á ┬á ┬áBerdasarkan kepada Laporan oleh ÔÇÿGlobal Slavery Index 2014ÔÇÖ berkenaan, penilaian yang berkaitan dengan Malaysia hanya merujuk kepada aspek di para 5 (a), (b) dan (c) di mana Malaysia diletakkan di kedudukan ke-56 bagi tahap penularan perhambaan moden, kedudukan ke-34 bagi Negara yang mempunyai jumlah manusia yang terlibat dalam perhambaan moden dan kedudukan ke-87 bagi Negara yang mengambil langkah tegas dalam menangani perhambaan moden.┬á

7.        Secara keseluruhannya, Malaysia dikritik kerana mengambil tindakan yang terhad untuk menangani isu perhambaan moden termasuk dari aspek khidmat sokongan kepada mangsa dan sistem keadilan jenayah, polisi, pelan tindakan kebangsaan dan badan penyelarasan di peringkat nasional. 

8.        Laporan tersebut juga mendapati bahawa terdapat polisi / amalan Kerajaan yang menjurus kepada perhambaan moden termasuk proses deportasi. Manakala, bantuan kewangan yang terhad kepada NGO dalam aspek perkhidmatan sokongan kepada mangsa perhambaan moden. 

9.        Adalah didapati bahawa Laporan tersebut juga merujuk kepada Laporan Mengenai Isu Buruh Paksa dalam Industri Elektronik di Malaysia yang dikeluarkan pada 16 September 2014. Kajian tersebut  dijalankan oleh sebuah NGO antarabangsa iaitu Verite Inc. dan ditaja oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat.

Inisiatif Penambahbaikan 

10. ┬á ┬áMalaysia mempunyai perundangan sedia ada dalam menangani isu pemerdagangan orang termasuk perhambaan iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang telah dikuatkuasakan sejak 28 Februari 2008. Ini adalah kerana elemen eksploitasi dalam Akta tersebut turut merangkumi aspek perhambaan. Akta ini turut memperuntukkan penubuhan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO). Malaysia juga telah mempunyai Pelan Tindakan Kebangsaan bagi menangani isu ini bagi tempoh 2010 ÔÇô 2015.

11. ┬á ┬áLangkah-langkah Kerajaan dalam menangani isu pemerdagangan orang ini telah dinilai secara tahunan oleh Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan orang di mana teguran juga turut dibuat terhadap aspek perlindungan dan sokongan mangsa termasuk bantuan kewangan yang terhad kepada NGO yang dibangkitkan oleh Laporan ÔÇÿGlobal Slavery Index 2014ÔÇÖ.┬á

12.    Dalam hal ini, Kerajaan sedang dalam proses untuk membuat pindaan kepada ATIPSOM 2007 bagi tujuan penambahbaikan kepada aspek perlindungan dan sokongan mangsa merangkumi bantuan kewangan termasuk penglibatan sepenuhnya pihak NGO mengenai perkara ini. Pindaan ini dijangka akan dibuat semasa Sesi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas (Dewan Rakyat) pada tahun hadapan. 

13.    Pada masa yang sama, Kerajaan telah mengambil langkah menubuhkan High Level Committee (HLC) mengenai Pemerdagangan Orang pada Julai 2014 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan melibatkan Menteri-Menteri di mana Kementerian mereka adalah merupakan anggota kepadaMAPO. 

14.    Bagi tujuan koordinasi dan penyelarasan yang lebih efektif, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 September 2014 juga telah bersetuju untuk memperkasakan Sekretariat MAPO supaya pemantauan dapat dibuat ke atas keberkesanan program-program yang dilaksanakan oleh lima (5) Jawatankuasa di bawah MAPO.

15. ┬á ┬áKritikan dan teguran yang dikemukakan oleh Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, Laporan oleh Verite Inc. dan Laporan ÔÇÿGlobal Slavery Index 2014ÔÇÖ mengenai aspek pemerdagangan orang termasuk perhambaan moden adalah merupakan indikator yang dapat digunakan oleh negara dalam mempertingkatkan usaha secara berterusan dalam menangani isu yang kompleks ini.

  

Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO)

Bahagian Antarabangsa

Kementerian Dalam Negeri

November 2014

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095821

moha qrcode