telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PERLANJUTAN TEMPOH 6P

KENYATAAN MEDIA

PERLANJUTAN TEMPOH 6P

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

_________________________________________________________________________________________________________

 

Salam hormat dan salam 1 Malaysia,

 

1.           Program Pemutihan 6P telah dilaksanakan oleh Kerajaan pada tahun 2011. Hasil daripada program Pemutihan ini Kerajaan telah berjaya memutihkan seramai 521,734 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan dibenarkan bekerja secara sah bagi tempoh penggajian 3 tahun untuk sektor dibenarkan dan 2 tahun untuk sektor beku dan sektor luar dasar.

2.            Terdapat majikan yang masih bergantung kepada pekerja asing yang diputihkan di bawah Program 6P kerana masih gagal mendapatkan pekerja tempatan serta belum bersedia  untuk berubah kepada  operasi peniagaan yang tidak berorientasikan buruh. Rekod Imigresen mendapati terdapat hampir 352,493 pekerja asing di bawah Program 6P akan tamat penggajian sehingga penghujung tahun 2014 dan 2015.

3.           Kerajaan menyedari bahawa kehilangan tenaga kerja dalam jumlah yang besar secara mendadak akan menyebabkan kesan yang besar kepada entiti perniagaan dan seterusnya ekonomi negara. Setelah mengambilkira pertimbangan daripada pelbagai sudut, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menambah tempoh penggajian Program 6P sedia ada selama 1 tahun lagi sebagai persediaan terakhir kepada majikan yang masih gagal menghantar pulang pekerja asing setelah tamat tempoh penggajian yang ditetapkan.

4.           Keputusan ini terpakai kepada pekerja asing Program Pemutihan 6P yang mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dan masih digajikan secara sah oleh majikan. Tempoh penggajian tambahan selama setahun ini berkuatkuasa serta merta. Mana-mana majikan yang berminat untuk terus mengajikan pekerja asing mengikut tempoh penggajian yang baru ini boleh membuat permohonan pembaharuan PLKS di pejabat Imigresen negeri yang berkenaan.

5.           Majikan diingatkan supaya mengambil tindakan sewajarnya dalam tempoh penggajian tambahan ini (1 tahun) bagi memastikan pekerja berkenaan dihantar pulang setelah tamat tempoh yang ditetapkan. Majikan juga perlu membuat persediaan dan perancangan sumber manusia supaya operasi perniagaan mereka tidak terjejas selepas pekerja dihantar pulang.

6.           Adalah ditegaskan bahawa tiada sebarang pertambahan tempoh penggajian akan diberikan selepas ini. Kerajaan juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang gagal mematuhi dasar Kerajaan yang ditetapkan dan tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63 akan dikenakan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pemangku Ketua Setiausaha

Kementerian Dalam Negeri

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095786

moha qrcode