telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI BIDANG JENAYAH RENTAS SEMPADAN

KENYATAAN AKHBAR BERSAMA

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI BIDANG JENAYAH RENTAS SEMPADAN

ANTARA

MALAYSIA ÔÇô AUSTRALIA

19 DISEMBER 2014

LANGKAWI, MALAYSIA

Malaysia dan Australia mengukuhkan hubungan kedua Negara dalam memerangi jenayah rentas sempadan dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di bidang Jenayah Rentas Sempadan di antara kedua Negara di Langkawi pada hari ini. MoU ini kelak akan melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasa kedua Negara termasuk aspek polisi dan perundangan.               

Menteri Dalam Negeri, Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Imigresen dan Kawalan Sempadan Australia, T.Y.T. Scott Morrison bersepakat bahawa MoU ini akan membina hubungan kerjasama yang lebih kukuh antara Malaysia dan Australia merangkumi aspek maritim, kastam dan keselamatan dalam negeri terutamanya perkara-perkara berkaitan imigresen dan pemerdagangan orang termasuk penyeludupan migran. MoU tersebut turut menyediakan rangka kerja yang sangat baik antara kedua Negara untuk meningkatkan usaha memerangi jenayah rentas sempadan merangkumi jenayah keganasan, pemerdagangan manusia dan jenayah terancang.

Kedua Menteri juga bersetuju dengan beberapa langkah baru dalam mengukuhkan keupayaan serantau bagi menangani isu berkaitan imigresen dan jenayah rentas sempadan.  Dalam hal ini, pihak Australia menyatakan sokongan untuk bekerjasama dengan Malaysia menerusi pelaksanaan Advance Passenger Screening System (APSS) dan  Regional Movement Alert System (RMAS) untuk menangani pemalsuan dokumen perjalanan.

Y.B. Dato' Seri Dr Ahmad Zahid menyatakan bahawa kedua negara mengambil pendirian tegas dalam membanteras jenayah rentas sempadan, yang secara langsung mahupun tidak langsung turut menjejaskan kemajuan ekonomi dan kestabilan sosial di rantau ini.

"Isu-isu keselamatan antarabangsa masa kini menekankan kepentingan mempunyai hubungan dua hala yang akrab di dalam memerangi ancaman jenayah rentas sempadan di rantau ini. Malaysia menghargai Australia sebagai rakan strategik dan sentiasa mengalu-alukan kerjasama dua hala yang lebih erat dan baik untuk menangani kegiatan-kegiatan jenayah," kata Dato' Seri Zahid.

T.Y.T. Morrison pula berkata, MoU ini akan mempertingkatkan keselamatan sempadan Australia melalui perkongsian sumber dan pertukaran maklumat di antara Australia dan Malaysia.

"Malaysia telah menjadi rakan penting Australia di rantau terutamanya dari aspek kerjasama dua hala dalam menangani jenayah penyeludupan migran kerana lokasinya sebagai negara transit bagi orang-orang yang ingin berhijrah ke Australia dengan bot melalui laluan maritim. Termeterainya MoU pada hari ini membuktikan hubungan kerjasama keselamatan dan komitmen bersama yang erat untuk menangani jenayah rentas sempadan dan isu-isu berkaitan," kata T.Y.T. Morrison.

MoU tersebut berkuat kuasa mulai dari tarikh ianya ditandatangani.

 

Bahagian Antarabangsa

Kementerian Dalam Negeri

Disember 2014

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095664

moha qrcode