telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PEMBAHARUAN PERMIT PEKERJA ASING DAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA PEKERJA ASING SECARA DALAM TALIAN

 

 

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PEMBAHARUAN PERMIT PEKERJA ASING DAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA PEKERJA ASING SECARA DALAM TALIAN

 

     Putrajaya, 9 Januari 2015

_____________________________________________________________________________________________________

1.   Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum pandangan pelbagaipihak terhadap keputusan kerajaan untuk melaksanakan proses pembaharuan  permit pekerja asing secara dalam talian sepenuhnya di Semenanjung bermula 5 Januari 2015 yang lalu.

2.   Keputusan tersebut telah dibuat berdasarkan pelbagai faktor dan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 24 Disember 2012.

3.   Langkah berkenaan bertujuan menangani ruang penyelewengan oleh mana-mana pihak, memendekkan tempoh memproses permohonan iaitu hanya satu atau dua hari bekerja berbanding dua hingga empat minggu mengikut kaedah manual menerusi urusan kaunter dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui teknologi internet. 

4.   KDN juga telah mengambil maklum tentang keluhan sebahagian majikan selama ini yang dikatakan terpaksa bergantung kepada ejen (runner) untuk membuat permohonan. Dengan pelaksanaan secara dalam talian sepenuhnya, kerajaan mendapati situasi ini tidak akan wujud lagi dan para ejen tidak mempunyai ruang untuk mengambil kesempatan.

5.   Perlaksanaan secara dalam talian juga dapat mengurangkan kesesakan yang selama ini berlaku di kaunter-kaunter JIM dan tenaga kerja Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) boleh disalurkan kepada tugas-tugas yang lebih mendesak dan memerlukan.

6.   Langkah melaksanakan sistem secara perkhidmatan secara dalam talian untuk pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pembantu rumah asing telah diperkenalkan dengan pemeteraian perjanjian antara Kerajaan dan MY E.G. Services Berhad. Pengumuman mengenainya telah dibuat lebih dua tahun lalu dan KDN menerima maklum balas daripada pihak industri dan lain-lain dari semasa ke semasa bagi memastikan langkah berkenaan mampu meningkatkan perkhidmatan dan integriti semua pihak yang berkaitan. Berikutan itu pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh Kerajaan untuk memperluaskan perkhidmatan dalam talian bagi sektor-sektor lain.

7.   Kronologi pelaksanaan pembaharuan PLKS secara dalam talian sistem MyEG adalah seperti berikut :

i.     Setelah sistem berkenaan diuji dan digunapakai oleh para majikan, kerajaan pada 2 Julai 2014 telah memperluaskan perkhidmatan pembaharuan PLKS kepada semua kategori pekerja asing sebagai salah satu saluran perkhidmatan alternatif kepada rakyat.

ii.    Seterusnya setelah berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan, KDN pada 17 November 2014 telah memutuskan agar MY E.G Services Berhad melaksanakan secara Proof of Concept (POC) perkhidmatan pembaharuan PLKS secara dalam talian sepenuhnya untuk semua sektor pekerja asing.

iii.   Selanjutnya, langkah berkenaan disokong dengan arahan Ketua Pengarah Imigresen kepada semua Pejabat Imigresen Negeri (Semenanjung) untuk memberi kerjasama kepada pihak syarikat melaksanakan penyeragaman pembaharuan PLKS menerusi perkhidmatan dalam talian secara berperingkat

iv.  Ia bermula dengan sektor perkilangan dan perkhidmatan pada 1 Disember 2014 dan seterusnya diikuti oleh  sektor pertanian, perladangan dan pembinaan mulai 17 Disember 2014; dan akhirnya digunapakai terhadap pembaharuan PLKS secara atas talian untuk kesemua sektor pekerjaan termasuk pembantu rumah asing pada 1 Januari 2015.

8.      Mengenai kadar caj perkhidmatan dalam talian sistem MyEG yang dikenakan kepada pemohon sebanyak RM38; kerajaan mendapati jumlah tersebut adalah wajar untuk menampung kos pengoperasian sistem dan urusan perkhidmatan iaitu merangkumi skop perkhidmatan online, pendaftaran ID dan kata laluan majikan; dan bayaran penghantaran PLKS door-to-door di mana majikan tidak perlu beratur dan menunggu di kaunter; serta bayaran sita sekiranya pekerja asing bermasalah.

 

TAMAT

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095968

moha qrcode