telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PENJELASAN MENGENAI SURAT KEPADA BIRO SIASATAN PERSEKUTUAN (FBI) AMERIKA SYARIKAT

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DALAM NEGERI

YB DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI

PENJELASAN MENGENAI SURAT KEPADA BIRO SIASATAN PERSEKUTUAN (FBI) AMERIKA SYARIKAT

 

Berikutan isu surat saya kepada Timbalan Pengarah, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bertarikh 18 Disember 2014 adalah untuk menjelaskan status seorang rakyat Malaysia bernama Paul Wei Seng Phua atau Paul Phua yang dituduh terlibat dengan aktiviti perjudian haram di Amerika Syarikat dan kini sedang dibicarakan di Mahkamah negara tersebut.

Sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara, maka saya telah menjelaskan status Paul Phua dan kongsi gelap 14K Triad seperti mana yang telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut :

  • ┬á tidak wujud Kumpulan Kongsi Gelap "14K Triad" di Malaysia;┬á
  • Paul Phua bukanlah ahli kepada Kumpulan Kongsi Gelap "14K Triad" di Malaysia

Berkaitan pertikaian kandungan surat saya mengenai Paul Phua membantu kerajaan dalam urusan keselamatan, ia tidak dapat didedahkan kerana melibatkan isu keselamatan yang berstatus Rahsia Besar dan tidak boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara. Bahkan maklumat-maklumat rasmi Kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972.

Maka dengan menggunakan budi bicara, saya mengeluarkan surat penjelasan status Paul Phua kepada pihak FBI dan bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua seperti yang dilaporkan oleh portal berita pro-Pembangkang.

Saya telah berulang kali menyatakan bahawa saya tetap akan membanteras gejala gengsterisme, judi dan dadah di negara kita. Sekali lagi saya ingin menekankan bahawa saya tidak akan berkompromi dengan gejala tidak sihat dan episod ini telah menguatkan semangat saya untuk terus memerangi dan menghapuskan aktiviti jenayah hingga ke akar umbi.

Pihak kerajaan tidak sama sekali menyokong sebarang tindakan oleh mana-mana individu termasuk Paul Phua yang berkaitrapat dengan sebarang organisasi jenayah sekiranya ada.

 

_______________________________________________________________________________________________________

 

15 Januari 2015

 

Kementerian Dalam Negeri

 

Putrajaya

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095799

moha qrcode