telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

OPERASI PENGUATKUASAAN SECARA BERSEPADU YANG BERTERUSAN KE ATAS SYARIKAT - SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN DAN PENGAWAL KESELAMATAN DI SELURUH NEGARA

KENYATAAN MEDIA

 

YBHG. DATOÔÇÖ ALWI BIN HAJI IBRAHIM

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN (KESELAMATAN)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

OPERASI PENGUATKUASAAN SECARA BERSEPADU YANG BERTERUSAN KE ATAS SYARIKAT - SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN DAN PENGAWAL KESELAMATAN DI SELURUH NEGARA

 

1. ┬á ┬á ┬á ┬á Ekoran daripada isu-isu pengawal keselamatan sebelum ini berpunca daripada ketidakpatuhan syarikat kawalan keselamatan terhadap peraturan ÔÇô peraturan dan akta yang sedia ada, operasi penguatkuasaan bersepadu yang disertai Kementerian Dalam negeri (KDN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diselaraskan di bawah sebuah Task Force bermula 1 November 2013 sehingga suatu tempoh masa yang akan ditentukan kelak.

2.         Sehingga kini, terdapat seramai 161,307 pengawal keselamatan tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan seramai 13,349 pengawal keselamatan warganegara Nepal yang bekerja di Malaysia berdasarkan kepada Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

3. ┬á ┬á ┬á ┬á Operasi penguatkuasaan bersepadu ini dijalankan secara berterusan bagi menangkap pengawal-pengawal keselamatan warga asing haram dan juga memantau kesalahan ÔÇô kesalahan yang dilakukan oleh syarikat ÔÇô syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara. Antara kesalahan yang dikesan adalah menggunakan pengawal keselamatan yang memegang kad pengenalan palsu, menggaji pengawal keselamatan warga asing haram, menggunakan pengawal keselamatan bersenjata yang tidak memiliki lesen memegang senjata api (carry and use (C&U) license) dan tidak melakukan tapisan keselamatan terhadap pengawal keselamatan warga tempatan.

4.         Pasukan operasi penguatkuasaan bersepadu Putrajaya yang diketuai oleh KDN bersama-sama JIM dan JPN ini dijalankan hampir setiap hari termasuk di waktu malam, manakala di peringkat negeri, operasi penguatkuasaan  bersepadu dijalankan oleh PDRM, JIM dan JPN negeri masing-masing.

5.         Pasukan operasi penguatkuasaan bersepadu turut menjemput bersama pihak media untuk turut serta bagi tujuan publisiti kepada masyarakat. Beberapa operasi dan tangkapan pengawal keselamatan warga asing haram pernah dilaporkan dalam akhbar dan televisyen seperti Buletin Utama TV3, Berita RTM, Rancangan 999 TV3 dan akhbar-akhbar utama.

6.         Statistik tangkapan di seluruh negara melalui 196 operasi bersepadu yang dijalankan bermula pada 1 November 2013 sehingga 31 Disember 2014 adalah seramai 729 orang (warga asingharam).Untuk tahun 2015, KDN berjaya melaksanakan 7 operasi bersepadu bermula 13 Januari 2015 di mana seramai 18 pengawal keselamatan warga asing haram telah ditangkap.

7. ┬á ┬á ┬á ┬á Statistik mulai tahun 2010 hingga 2014 menyaksikan KDN telah menggantung dan membatalkan lesen 45 buah syarikat kawalan keselamatan kerana pelbagai kesalahan ÔÇô kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Pada tahun 2014 sahaja, KDN telah mengeluarkan 143 surat tunjuk sebab kepada syarikat kawalan keselamatan yang didapati melanggar peraturan dan membatalkan lesen 23 buah syarikat kawalan keselamatan di atas kesalahan menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram.

8.         Berkuatkuasa 1 September 2014, KDN mewajibkan semua syarikat kawalan keselamatan untuk membuat pengesahan kad pengenalan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi calon-calon pengawal keselamatan dan mereka perlulah tampil secara fizikal (hadir sendiri) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat pengesahan kad pengenalan secara biometrik sebelum syarikat mengemukakan permohonan tapisan keselamatan kepada KDN dan PDRM. Ini bertujuan untuk memastikan semua pengawal keselamatan tempatan adalah warganegara Malaysia dan pemilik kad pengenalan yang sah/ sebenar.

9.         KDN juga akan terus meningkatkan penguatkuasaan terhadap penggunaan senjata api kepada semua syarikat agensi persendirian dan pengawal keselamatan. Pada masa yang sama, prosedur-prosedur serta syarat untuk permohonan lesen senjata api (carry and use (C&U) license) telah diperketatkan termasuk mewajibkan pengawal keselamatan membuat pengesahan cap cari secara biometrik dan hadir sendiri secara fizikal di Ibu Pejabat Polis yang berkenaan. Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri dan Daerah juga akan membuat pemeriksaan secara berkala terhadap semua pengawal keselamatan dan syarikat kawalan keselamatan yang mempunyai lesen senjata api.

10.      KDN juga telah melakukan audit secara menyeluruh terhadap 120 syarikatkawalan keselamatan yang dikenalpasti bermasalah untuk diambil tindakan selanjutnya.Audit bertujuan untuk memastikan kualiti dan keupayaan syarikat seperti keupayaan kewangan, kecekapan pengurusan, penyediaan kemudahan serta kebajikan pengawal keselamatan dan kakitangan.

12.      Selain itu, KDN juga telah dimaklumkan oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) bahawa jumlah syarikat yang menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram telah berkurang secara drastik hasil daripada operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan secara berterusan oleh KDN. Malah, operasi penguatkuasaan bersepadu KDN ini mendapat  maklumbalas yang positif daripada pihak PPKKM.

13.      KDN menyeru agar masyarakat terutamanya persatuan penduduk dan badan pengurusan perumahan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan hanya syarikat kawalan keselamatan yang berlesen sahaja dibenarkan memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan, menggunakan pengawal keselamatan tempatan atau warga Nepal yang dibenarkan dan lulus tapisan keselamatan oleh KDN dan PDRM.. Selain itu juga, adalah turut menjadi suatu kesalahan sekiranya mana-mana individu atau organisasi yang menggaji atau menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara pekerja warganegara asing yang bekerja dengan sektor perkhidmatan yang lain sebagai pengawal keselamatan.

14.      Bagi tahun 2015, KDN akan terus melipat gandakan operasi penguatkuasaan dan usaha-usaha untuk membanteras penggunaan pengawal warga asing haram. Masyarakat adalah digalakkan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada KDN secara bertulis atau dengan mengemukakan aduan melalui laman web KDN sekiranya mengetahui atau melihat warga asing haram yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095667

moha qrcode