telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KEWAJIPAN UNTUK MELAPORKAN KEHILANGAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA KE BALAI POLIS

KENYATAAN MEDIA

YBHG. DATOÔÇÖ ALWI BIN HJ. IBRAHIM

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

MENGENAI

KEWAJIPAN UNTUK MELAPORKAN KEHILANGAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA KE BALAI POLIS

31 JANUARI 2015

 

Berkuatkuasa 1 Februari 2015, Kementerian Dalam Negeri mewajibkan agar semua kehilangan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) sama ada di dalam negara atau luar negara dilaporkan ke Balai Polis.

Kehilangan PMA boleh berlaku atas faktor sama ada kecuaian yang disengajakan atau musibah yang tidak dapat dielakkan seperti kecurian, samun, banjir dan kebakaran.

Warga Malaysia yang kehilangan PMAdan berhasrat untuk membuat PMA baharu wajib mengemukakan laporan polis ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Bagi kes kehilangan akibat banjir, laporan polis tersebut perlu disertakan bersama laporan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala bagi kes kehilangan akibat kebakaran perlu menyertakan bersama laporan Bomba.

PMA merupakan dokumen yang dikeluarkan di bawah Akta Pasport 1966 dimana Akta ini mengawal pengeluaran, pemilikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan dokumen perjalanan. PMAmempunyai nilai yang tinggi di peringkat global kerana pemegang PMA menikmati kebebasan untuk memasuki 163 daripada 219 negara tanpa visa. Menurut laporan Henley & Partners Visa Restrictions Index, Malaysia menduduki tempat ke-9 pada tahun 2014 dalam kebebasan warganegaranya untuk memasuki negara lain.

Justeru kewajipan untuk melaporkan kehilangan PMA ke Balai Polis yang berhampiran adalah bertujuan untuk melindungi maklumat peribadi dan mengelakkan dokumen tersebut daripada disalahgunakan oleh sindiket antarabangsa yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan laporan daripada JIM sebanyak 18,037 kes kehilangan PMA dikesan pada tahun 2012, 19,579 kes pada tahun 2013 dan sebanyak 16,789 kes kehilangan PMA bagi tahun 2014.

 

Sekian

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095902

moha qrcode