telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PEWARTAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP DI MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI 

MENGENAI  

 

PEWARTAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN KONGSI GELAP DI MALAYSIA

16 FEBRUARI 2015, PUTRAJAYA

 

YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa Pertubuhan-pertubuhan Kongsi Gelap sebanyak 23 buah pertubuhan kongsi di Malaysia sebagai pertubuhan-pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 dengan No. Pewartaan P.U.(A) 34/2015 pada 16 Februari 2015.

Pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap berikut :-

 

1.           Geng 3821

2.           Geng Ngo Sek Kee

3.           Geng Gee Hor Sia

4.           Geng Chong Woh

5.           Geng Gee Long San

6.           Geng Gee It Leng

7.           Geng Gee Hon San

8.           Geng Guat Sam Sia

9.           Geng It Tiam Ang

10.         Geng Lian Heng Siah

11.         Geng Ang Mor Low

12.         Geng Sio Or Leng

13.         Geng Loong Foo Thong

14.         Geng 969 (Kow Lak Kow)

15.         Geng 32 Sar Jee

16.         Geng Chaun San

17.         Geng Fong Hong San

18.         Geng Jin Jee Tong

19.         Geng Gee Lam Kok

20.         Geng Hong Fah

21.         KNIGHT RIGHT KEEPERS @ KAPPA RHO KAPPA

22.         Malin Kundang (Sandakan)

23.         Special Force (Lahad Datu)

merupakan pertubuhan yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian, mencuri kereta mewah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, melakukan huru-hara dan juga terdapat kes penyeludupan serta turut memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa kepada kumpulan penculik dari Bahagian Selatan Filipina seperti kumpulan ÔÇÿKnight Of Right KeepersÔÇÖ @ ÔÇÿKappa Rho KappaÔÇÖ (KRK) dan sebagainya.┬á

Peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] adalah berkaitan kuasa Menteri di dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang. 

ÔÇ£Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi-bicaranya yang mutlak dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan, cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlakÔÇØ.

Dari segi implikasi pengisytiharan pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 :

a)  Tiada sesiapapun boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3)(b) Akta Pertubuhan 1966; dan

b)  Tiada seseorangpun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap. Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. Sebagai contoh, Seksyen 6 (2) dan 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan ini menyeru kepada masyarakat untuk memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras jenayah dan pertubuhan-pertubuhan kongsi gelapyang dianggap bercanggah dengan undang-undang sedia ada demi ketenteraman awam di dalam negara ini.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095502

moha qrcode