telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

LAPORAN BERITA HARIAN BERTAJUK ÔÇ£80 ALI BABA LESEN DIKESAN KUTIP PULANGAN LUMAYANÔÇØ DAN ÔÇ£3 NEGERI PALING BANYAK GUNA KHIDMAT JAGA HARAMÔÇØ BERTARIKH 17 FEBRUARI 2015

KENYATAAN AKHBAR

 

YBHG. DATOÔÇÖ SRI ADENAN BIN AB. RAHMAN

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN (KESELAMATAN)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

LAPORAN BERITA HARIAN BERTAJUK ÔÇ£80 ALI BABA LESEN DIKESAN KUTIP PULANGAN LUMAYANÔÇØ DAN ÔÇ£3 NEGERI PALING BANYAK GUNA

KHIDMAT JAGA HARAMÔÇØ BERTARIKH 17 FEBRUARI 2015

 

17 FEBRUARI 2015, PUTRAJAYA

 

1. ┬á ┬á Kenyataan media ini dikeluarkan sebagai maklumbalas kepada laporan oleh surat khabar Berita Harian bertarikh 16 Februari 2015 dan 17 Februari 2015 yang bertajuk ÔÇ£80 ali baba lesen dikesan kutip pulangan lumayanÔÇØ dan ÔÇ£3 negeri paling banyak guna khidmat jaga haramÔÇØ.

2.     Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah serta Pemegang Saham syarikat kawalan keselamatan yang baru memperolehi lesen adalah diwajibkan untuk melafazkan ikrar dan menandatangani surat Aku Janji untuk mematuhi peraturan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 dan pekeliling-pekeliling Agensi Persendirian serta arahan-arahan tetap yang dikeluarkan oleh KDN. Selain itu, bermula tahun 2014 semua Ahli Lembaga Pengarah serta Pemegang Saham syarikat kawalan keselamatan yang baru memperolehi lesen diwajibkan untuk mengikuti kursus pengurusan syarikat kawalan keselamatan selama dua hari yang dikelolakan oleh KDN.

3.     Sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Para 6, Pekeliling Agensi Persendirian bilangan 4 Tahun 2010, lesen syarikat kawalan keselamatan adalah dilarang sama sekali untuk diproksi, dipajak atau disewakan. 

4.     Syarikat kawalan keselamatan yang didapati memajakkan lesen mereka akan berdepan dengan tindakan di bawah Seksyen 4 (1), Akta Agensi Persendirian 1971 yang membawa kepada penggantungan atau pembatalan lesen oleh Menteri Dalam Negeri. 

5. ┬á ┬á ┬áPada tahun 2014 dan 2015 sahaja, KDN telah mengambil tindakan membatalkan lesen 24 buah syarikat kawalan keselamatan di atas pelbagai kesalahan termasuklah yang meng ÔÇÿali babaÔÇÖ dan memajakkan lesen syarikat kawalan keselamatan mereka. Dalam usaha untuk membanteras penggunaan pengawal keselamatan warga asing haram pula, KDN turut melaksanakan operasi penguatkuasaan bersepadu bersama-sama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Statistik tangkapan dalam operasi bersepadu di seluruh negara yang telah dijalankan bermula pada 1 November 2013 sehingga 31 Januari 2015 ialah seramai 774 orang (warga asing haram) ditangkap melalui 208 operasi yang telah dijalankan.

6.     Pada masa yang sama, masyarakat terutamanya syarikat swasta, pusat membeli-belah, persatuan penduduk dan badan pengurusan perumahan / pangsapuri hendaklah juga memainkan peranan dengan memastikan hanya syarikat kawalan keselamatan yang berlesen dan berkemampuan sahaja dibenarkan memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan. Syarikat kawalan keselamatan juga hendaklah menggunakan pengawal keselamatan tempatan atau warga Nepal yang dibenarkan dan telah lulus tapisan keselamatan oleh KDN dan PDRM. Lazimnya, syarikat kawalan keselamatan yang memajak lesen akan menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram dan pengawal keselamatan tempatan yang tidak diketahui latar belakangnya termasuk memiliki rekod jenayah berikutan kos yang lebih murah.

7. ┬á ┬á ┬áMasyarakat perlu berwaspada dengan syarikat-syarikat kawalan keselamatan ÔÇÿali babaÔÇÖ yang ingin menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan dengan harga yang terlalu murah dan tidak munasabah kerana terdapat kemungkinan syarikat tersebut beroperasi secara haram tanpa perlu membuat caruman dan bayaran kepada KWSP, PERKESO, cukai perkhidmatan kastam dan lain-lain seperti ditawarkan oleh pengusaha syarikat kawalan keselamatan yang sah.┬á┬á

8. ┬á ┬á KDN akan terus melipat gandakan operasi penguatkuasaan dan proses pengauditan untuk membanteras penggunaan pengawal warga asing haram dan aktiviti meng ÔÇÿali babaÔÇÖ atau memajakkan lesen oleh syarikat kawalan keselamatan. Masyarakat juga adalah digalakkan untuk menyalurkan segala maklumat kepada KDN sekiranya mengetahui dan mempunyai maklumat mengenai syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang meng ÔÇÿali babaÔÇÖ dan memajakkan lesen atau melihat warga asing haram yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.┬á

9. ┬á ┬á KDN dengan ini mengingatkan syarikat-syarikat kawalan keselamatan berlesen agar tidak terlalu mengutamakan keuntungan semata-mata dengan mengambil mudah dan meng ÔÇÿali babaÔÇÖ atau memajakkan lesen sehingga mengabaikan matlamat penubuhan syarikat untuk mengadakan pengawalan dan perlindungan bagi keselamatan masyarakat, perniagaan dan harta benda. Adalah menjadi tanggungjawab semua syarikat kawalan keselamatan untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KDN.

 

 

                                                                          TAMAT

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095553

moha qrcode