telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) MENGENAI KEM PENAMPUNGAN DAN KUBUR-KUBUR PENDATANGASING DI SEMPADAN MALAYSIA ÔÇô THAILAND : 10 MEI 2015

KENYATAAN MEDIA 

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) 

MENGENAI 

KEM PENAMPUNGAN DAN KUBUR-KUBUR 

PENDATANGASING DI SEMPADAN MALAYSIA ÔÇô THAILAND

 

10 MEI 2015

 

______________________________________________________________________________________________________

 

KDN ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kepada masyarakat umum mengenai laporan di sebuah akhbar tempatan pada 8 Mei 2015 mengenai kewujudan kem-kem penampungan termasuk kubur-kubur pendatang asing tanpa izin (PATI) yang majoritinya berbangsa etnik Rohingya di dalam sempadan Malaysia - Thailand. Laporan media ini adalah susulan daripada penemuan kubur dan kem penampungan PATI di dalam kawasan sempadan Thailand ÔÇô Malaysia berdekatan dengan Wilayah Songhkla yang majoritinya berbangsa etnik Rohingya.

Berdasarkan kepada siasatan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), didapati tiada penemuan kem penampungan atau kubur-kubur PATI etnik Rohingya di dalam kawasan Malaysia. Statistik bagi tempoh Januari hingga April 2015 mendapati seramai 1,317 orang PATI berjaya ditahan di seluruh Negeri Kedah melalui beberapa siri operasi terancang. Adalah didapati bahawa Malaysia disasarkan sebagai Negara destinasi bagi kes-kes penyeludupan migran menerusi Thailand yang bertindak sebagai Negara transit bagi kegiatan ini. 

Pada 7 Mei 2015, seramai 67 PATI Myanmar telah ditahan oleh pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) di pintu sempadan Negara di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Manakala, seorang warga Malaysia telah ditangkap atas kesalahan Seksyen 26(A) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 pada hari yang sama semasa cuba menyeludup 12 orang PATI Kemboja ke Pulau Pinang.

Kegiatan penyeludupan migran termasuk PATI ini adalah merupakan satu cabaran kepada agensi penguatkuasaan di Negara ini dan telah lama berlarutan dan melibatkan sindiket dari Malaysia dan Thailand yang mengaut pendapatan lumayan daripada aktiviti tersebut. Selain itu, faktor muka bumi di sekitar sempadan Malaysia dan Thailand yang terdedah menjadi satu laluan mudah bagi sindiket-sindiket penyeludupan migran menjalankan kegiatan mereka. 

KDN juga ingin menjelaskan bahawa apa yang dapat dilihat adalah senario semasa di sempadan Malaysia ÔÇô Thailand adalah lebih menjurus kepada aktiviti-aktiviti jenayah penyeludupan migran berbanding dengan jenayah pemerdagangan orang. Ini adalah kerana jenayah penyeludupan migran melibatkan pergerakan merentasi sempadan Negara dan kebanyakan daripada PATI termasuk etnik Rohingya sanggup bersekongkol dan membayar kepada sindiket- sindiket jenayah untuk mereka diseludupkan masuk ke Malaysia melalui┬á

Thailand. PATI yang diseludupkan melakukan kegiatan ini di atas kerelaan mereka sendiri dan bukannya mangsa. 

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa PATI yang diseludupkan juga berkemungkinan untuk dieksploitasi kerana status imigresen mereka yang kemudiannya boleh menjurus kepada jenayah pemerdagangan orang. Ini adalah kerana jenayah pemerdagangan orang melibatkan aspek pelanggaran hak asasi manusia.

Dalam hal ini, perundangan yang telah sedia ada di Malaysia iaitu ATIPSOM 2007 adalah merupakan instrumen perundangan yang menyediakan Negara untuk menghadapi dan menangani ancaman pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Agensi-agensi penguat kuasa terutamanya di sempadan daratan Malaysia dan Negara jiran perlu mempertingkatkan kesiapsiagaan dalam menangani kedua jenayah ini yang berkaitan walaupun mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095465

moha qrcode