telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KEBANJIRAN PATI ROHINGYA DAN BANGLADESH DI LANGKAWI

KENYATAAN MEDIA

 

DATOÔÇÖ ALWI BIN HJ. IBRAHIM

KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)

 

MENGENAI

 

KEBANJIRAN PATI ROHINGYA DAN BANGLADESH DI LANGKAWI

 

12 MEI 2015

__________________________________________________________________________________________________

 

Seramai 1,158 orang PATI Rohingya dan Bangladesh yang terdiri daripada 993 lelaki, 104 perempuan dan 61 kanak-kanak telah tiba di Langkawi sejak 10 Mei 2015. Daripada jumlah tersebut, seramai 486 orang merupakan warga Myanmar manakala 672 orang warga Bangladesh.

 

KDN telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi bagi membincangkan mengenai perkara ini pada hari ini, 12 Mei 2015 yang turut melibatkan Kementerian Luar Negeri (KLN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

 

Keputusan telah dicapai supaya kesemua PATI tersebut dipindahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Kedah di mana proses perpindahan tersebut akan melibatkan JIM, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Polis Marin PDRM dan APMM. Proses perpindahan kesemua PATI tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 12 Mei 2015. 

 

Sebagai langkah segera bagi membendung insiden yang sama daripada berulang, usaha akan diambil untuk mengadakan perbincangan segera dengan Negara sumber iaitu Bangladesh dan Myanmar. Ini adalah kerana adanya terdapat elemen penyeludupan migran ekoran kerelaan PATI terbabit untuk datang ke Negara ini. Pihak Thailand juga akan dilibatkan di dalam perbincangan ini susulan daripada kes-kes penyeludupan migran menerusi sempadan Malaysia-Thailand yang melibatkan PATI Rohingya dan Bangladesh. 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 08 May 2024.
Visitor Count : 1095478

moha qrcode