telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

PERSIDANGAN SERANTAU DI DALAM MENANGANI KEGANASAN EKSTREMIS OLEH YB DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI DI SYDNEY, AUSTRALIA

 KENYATAAN MEDIA

SEMPENA

PERSIDANGAN SERANTAU DI DALAM MENANGANI

KEGANASAN EKSTREMIS OLEH

YB DATOÔÇÖ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI

MENTERI DALAM NEGERI

DI SYDNEY, AUSTRALIA

 

(12 JUN 2015)

______________________________________________________________________________________________

 

Menteri Dalam Negeri, YB DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghadiri Persidangan Serantau Di dalam Menangani Keganasan Ekstremis anjuran Kerajaan Australia di Sydney pada 12 Jun 2015.

Persidangan ini adalah susulan daripada Sidang Kemuncak Rumah Putih di Washington pada bulan Februari 2015 lalu, berkenaan pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2178 mengenai pejuang asing (Foreign Terrorist Fighters) yang diluluskan oleh Persidangan Agong PBB pada 24 September 2014.

Persidangan Serantau ini telah dihadiri oleh 26 buah negara dan dirasmikan oleh TYT Tony Abbott, Perdana Menteri Australia.

Persidangan serantau ini telah dipengerusian oleh TYT George Brandis, Peguam Negara, Australia. ┬áDi persidangan serantau ini, DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid telah berkongsi pengalaman negara di dalam menangani keganasan ekstremis dengan melibatkan penyertaan masyarakat dan pihak swasta.

Dalam hal ini Dato Seri Dr Ahmad Zahid telah memaklumkan mengenai penggubalan perundangan dan antaranya adalah Penggubalan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Rang Undang-undang Langkah-langkah Khas menangani keganasan di luar negara 2015 (SMATA).

Kedua-dua perundangan tersebut telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan kini menunggu pekenan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong.

DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid menegaskan bahawa walaupun POTA adalah undang-undang pencegahan tetapi aspek pemulihan turut diberikan tumpuan supaya individu terbabit dapat kembali ke pangkuan masyarakat.┬á Pendekatan ini turut digunakan dengan jayanya semasa pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1969 yang telah dimansuhkan.

DatoÔÇÖ Seri Dr Ahmad Zahid juga turut menyentuh mengenai peranan masyarakat di dalam menangani ancaman radikalisma /ekstermis seperti peranan yang dimainkan oleh Jabatan RELA.

Beliau juga menyeru kepada pentingnya amalan keserderhanaan selaras dengan gerakan keserhanaan global yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa Persidangan Agung PBB di New Your pada tahun 2010. Malahan Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan penglibatan dengan negara Islam (IS) kerana perjuangan jihad mereka bercanggah dengan ajaran Islam.

 

 

____________________________________________________________________________________________________________

Kementerian Dalam Negeri

12 Jun 2015

 

 

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099898

moha qrcode