telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA PENJELASAN LANJUT ISU PENGGAJIAN 100% PEKERJA ASING UNTUK SYARIKAT BERORIENTASIKAN EKSPORT

PENJELASAN LANJUT

ISU PENGGAJIAN 100% PEKERJA ASING UNTUK SYARIKAT BERORIENTASIKAN EKSPORT

 

11 OKTOBER 2017

1.   Saya ingin menjelaskan bahawa beberapa laporan akhbar yang mempunyai tajuk kurang tepat dalam memberikan gambaran bahawa Kerajaan telah meluluskan syarikat tempatan berorientasikan eksport untuk menggajikan 100% tenaga kerja asing di kilang mereka.

2.  Ini tidak betul kerana jelas dalam kenyataan saya menyebut bahawa pertimbangan boleh diberikan mengikut permohonan dan bukannya memberikan kelulusan secara terus. Kerajaan juga belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini.  

3.   Pertimbangan ini juga hanya akan dibuat untuk penggajian pekerja di barisan pengeluaran (Production Line Workers) sahaja, yakni pekerjaan berkemahiran rendah dan bukannya untuk seluruh operasi kilang atau syarikat.

4.   Saya berharap penerangan ini dapat memberikan konteks penuh ke atas kenyataan yang telah dibuat.

 

YB DATUK NUR JAZLAN MOHAMED

TIMBALAN MENTERI

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 15 May 2024.
Visitor Count : 1099750

moha qrcode