telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGENAI KEPUTUSAN TAPISAN FILEM ‘PADMAAVAT’

KENYATAAN MEDIA

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

 

MENGENAI

 

KEPUTUSAN TAPISAN FILEM ‘PADMAAVAT’

 

2 FEBRUARI 2018

 

Lembaga Penapis Filem (LPF) telah membuat keputusan tidak meluluskan tayangan filem ‘Padmaavat’ atas alasan jalan cerita filem tersebut memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam melalui watak seorang Sultan di sebuah Kerajaan Islam di India dalam era Kesultanan Khilji iaitu Sultan Alauddin Khilji.

 

Watak Sultan Alauddin Khilji digambarkan sebagai seorang pemerintah yang beragama Islam tetapi mempunyai perangai dan tingkah laku yang buruk. Baginda juga digambarkan sebagai seorang Sultan yang angkuh, kejam, tidak berperikemanusiaan, licik dengan pelbagai tipu helah, tidak menepati janji dan tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.

 

 

Selanjutnya, syarikat pengedar filem telah mengemukakan rayuan untuk mempertimbangkan semula keputusan tapisan filem tersebut. Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) telah bersidang pada 30 Januari 2018 dan membuat keputusan untuk mengekalkan keputusan LPF iaitu tidak membenarkan tayangan filem ‘Padmaavat’ di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan - TUT).

 

 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 22 March 2024.
Visitor Count : 1077359

moha qrcode