telephone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

phone  03 - 8000 8000       
email  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

kdnfaqkdncontactuskdnfeedbackkdnmap

Soalan Lazim Urus Setia Lembaga Parol

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Urus Setia Lembaga Parol

Apakah dimaksudkan dengan Lembaga Parol?

 

 Seperti termaktub di bawah Seksyen 46B (2) Akta Penjara (Pindaan) 2008, sesuatu Lembaga Parol terdiri daripada 7 orang anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) seperti yang berikut:

  1. Seorang Pengerusi dari kalangan anggota Perkhidmatan dan  Perundangan;
  2. Seorang pegawai kanan penjara;
  3. Seorang pegawai kanan polis;
  4. Seorang pegawai kanan kebajikan; dan
  5. Tiga orang awam.

Selaras dengan Seksyen 46C (1) Akta Penjara (Pindaan) 2008, sesuatu Lembaga Parol diperuntukkan seperti yang berikut:

  1. Membuat keputusan sama ada untuk melepaskan secara parol seseorang banduan yang memohon parol;
  2. Menggantung atau membatalkan sesuatu Perintah Parol;
  3. Menambah apa-apa syarat atau menggubah mana-mana syarat sesuatu Perintah Parol;
  4. Mengadakan sesuatu siasatan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan parol;
  5. Memeriksa mana-mana banduan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan sesuatu permohonan parol atau bagi apa-apa sebab lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Parol; dan
  6. Menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi dan tugas lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Apakah itu Orang diParol (ODP)?

 

Orang diParol (ODP) merujuk kepada banduan yang dilepaskan pelepasan secara perintah parol oleh Lembaga Parol bagi menjalani baki hukuman di luar penjara. Pelepasan secara perintah parol adalah melalui syarat-syarat yang berdasarkan kepada Akta Penjara (Pindaan) 2008.

Apakah kelayakan mendapat parol?

 
  1. Minimun satu tahun pemenjaraan bagi apa-apa kesalahan kecuali kesalahan dalam Jadual Keempat Akta Penjara (Pindaan) 2008.
  2. Telah menjalani sekurang-kurangnya seperdua dari tempoh pemenjaraan tanpa mengambil kira remitan hukuman diberi.
  3. Telah menjalani program pemulihan semasa menjalani hukuman pemenjaraan yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral.

Apakah asas-asas pertimbangan parol?

 

Selaras dengan Akta Penjara (Pindaan) 2008, perkara yang perlu diambil kira oleh Lembaga Parol sebelum meluluskan permohonan secara parol ialah seperti berikut:

  1. Keperluan untuk melindungi keselamatan masyarakat;
  2. Keperluan untuk mengekalkan keyakinan orang awam dalam pentadbiran keadilan;
  3. Sifat dan hal keadaan kesalahan yang berhubung dengan hukuman ke atas banduan itu;
  4. Rekod jenayah banduan;
  5. Risiko banduan melakukan lagi apa-apa kesalahan jika dia dilepaskan secara parol;
  6. Banduan boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat; dan
  7. Kesan ke atas mangsa banduan dan keluarga mangsa jika banduan itu dilepaskan secara parol.

Di manakah Orang diParol (ODP) akan ditempatkan setelah mendapat pelepasan secara parol?

 

Lembaga Parol akan bersidang dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis bagi mempertimbangkan permohonan secara parol banduan. Selepas permohonan parol telah dipertimbangkan dan diluluskan oleh Lembaga Parol, ODP akan ditempatkan sama ada kepada keluarga, Rumah Perantaraan di bawah seliaan Jabatan Penjara atau di bawah program Corporate Smart Internship for Parolee (CSI) bersama majikan.

Apa dimaksudkan dengan Corporate Smart Internship for Parolee (CSI)?

 

Program Corporate Smart Internship for Parolee (CSI) merupakan program kerjasama di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan agensi kerajaan/badan berkanun/syarikat swasta yang menawarkan program latihan kemahiran dan kerjaya kepada Orang diParol (ODP).

Program ini telah dijadikan sebagai salah satu program di bawah inisiatif Transformasi Kementerian Dalam Negeri bagi tahun 2017 yang menekankan kesejahteraan masyarakat dan juga program yang berimpak tinggi.

Bagaimanakah permohonan semula untuk mendapatkan parol setelah ditolak oleh Lembaga Parol?

 

Berdasarkan peruntukan Seksyen 46H (2) Akta Penjara (Pindaan) 2008, permohonan semula pelepasan secara parol banduan masih boleh dikemukakan semula selepas enam bulan dari tarikh penolakan sekiranya tempoh Earliest Possible Date of Discharge (EPD) banduan masih panjang.

Apakah dimaksudkan dengan Penyata 4 Tahun?

 

Berdasarkan perkara 42 Pelembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Raja atau Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa untuk memberi ampun, tunda hukuman atau lega hukuman. Kuasa YDPA adalah bagi kesemua kes dan kesalahan yang dilakukan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala kes-kes dan kesalahan yang dilakukan di negeri-negeri lain, kuasa pengampunan adalah di bawah Raja, Sultan atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing.

Peraturan 54 dalam Peraturan-Peraturan Penjara 2000 menyatakan kes-kes di bawah Jabatan Penjara Malaysia bagi banduan-banduan yang dijatuhkan hukuman lebih daripada 7 tahun tempoh pemenjaraan. Jabatan Penjara Malaysia akan mengemukakan kes-kes banduan setiap 4 tahun tempoh pemenjaraan banduan tersebut iaitu pada tahun ke-4, ke-8, ke-12, ke-16 tempoh pemenjaraan dan setiap tahun selepas 16 tahun tempoh pemenjaraan.

Menurut Seksyen 46E (6) dan 46E (6) (a) dalam Akta Penjara (Pindaan) 2008, jika mana-mana banduan mempunyai hak untuk mendapat pengampunan yang berhubung dengan apa-apa kesalahan, selain kesalahan yang ditetapkan dalam Jadual Keempat, banduan itu layak dipertimbangkan untuk mendapat parol hanya selepas kesnya telah terlebih dahulu dibawa ke hadapan suatu Lembaga Pengampunan melainkan jika dia dibebaskan dengan ampun, tunda hukuman atau lega hukuman oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Raja atau Yang di-Pertua Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan.

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 20 December 2024.
Visitor Count : 1124152

moha qrcode