Melaksanakan kerja keurusetiaan dalam menetapkan tarikh Persidangan Lembaga Parol dan apa- apa keperluan bagi persidangan.
Menyemak dan memastikan dosir- dosir untuk dikemukakan bagi pertimbangan Lembaga Parol.
Memaklumkan keputusan Lembaga Parol kepada Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan institusi berkenaan.
Menyediakan sebarang maklumat tambahan untuk dikemukakan kepada Lembaga Parol.
Menyimpan maklumat dan data- data penghuni yang diberi pelepasan.
UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan Pejabat Lembaga Parol termasuk memberi kemudahan kepada Lembaga Parol.
Merancang peruntukan belanja mengurus bagi Pejabat Lembaga Parol.
LEMBAGA PAROL
Bersidang secara berjadual untuk mengkaji, meneliti dan membuat keputusan bagi pembebasan penghuni secara Perintah Parol.
Membebaskan penghuni secara Perintah Parol untuk menjalani kehidupan yang lebih berfaedah setelah meneliti dan berpuas hati dengan setiap permohonan yang dikemukakan untuk pertimbangan.
Menetapkan tarikh pelepasan penghuni secara Perintah Parol.
Mengeluarkan Perintah Parol kepada penghuni yang layak dibebaskan secara Perintah Parol.
Membatal dan menangguhkan Perintah Parol yang telah dikeluarkan pada bila- bila masa.