Pengenalan Kepada Permit Penerbitan
Pengenalan Kepada Permit Penerbitan
Jenis Permit Penerbitan
Terdapat 2 jenis permit penerbitan di bawah peruntukkan AMCP 1984;
Permit Penerbitan (Malaysia)
Seksyen 6 (1) (a) AMCP 1984: Permit yang diberi kepada mana-mana orang untuk mencetak dan menerbitkan akhbar di Malaysia.
( Contoh No.Permit Penerbitan: PP 15.../02/2009(02....) - Semenanjung )
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPK 15.../02/2009(02....) - Sarawak )
(Contoh No.Permit Penerbitan: PPH 15.../02/2009(02....) - Sabah )
Permit Penerbitan (Singapura)
Seksyen 6 (1) (b) AMCP 1984: Permit yang diberi kepada mana-mana tuan punya mana-mana akhbar di Singapura membenarkan akhbar itu diimport, dijual, atau diedar di Malaysia.
( Contoh No.Permit Penerbitan: PPS 15.../02/2009(02....) - Singapura )
Pengecualian Permit Penerbitan
Penerbitan Tidak Berkala (One-Off Publication);
Hasil penerbitan atau apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana Badan Berkanun dibawah Seksyen 25 (1) AMCP 1984 ;dan
Melalui perintah Menteri yang disiarkan dalam Warta di bawah Seksyen 25 (2) AMCP 1984.
Pemohon
Syarikat Sdn. Bhd./ Bhd., pemohon mestilah salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah atau Setiausaha Syarikat yang mana nama tersebut terdapat di dalam Borang 49;
Perniagaan Tunggal/ Perkongsian, pemohon mestilah rakan kongsi utama atau rakan kongsi yang mana nama tersebut terdapat dalam Borang A atau Borang B;
Pertubuhan/Persatuan/Koperasi/dll., permohonan hendaklah dibuat atas nama Pengerusi/Presiden/Setiausaha; Pertubuhan Serantau/Antarabangsa, permohonan dibuat atas nama wakil.
Kadar Bayaran
Bayaran boleh dibuat melalui bank draf atau wang pos berdasarkan kepada kekerapan seperti berikut:
Harian | RM 3,000.00 |
5 atau 6 kali seminggu | RM 2,000.00 |
2 atau 3 atau 4 kali seminggu | RM 1,000.00 |
Mingguan | RM 800.00 |
2 atau 3 kali sebulan | RM 500.00 |
Bulanan | RM 400.00 |
1 hingga 11 kali setahun | RM 300.00 |
Surat Berita | RM 50.00 |