Skip to main content

logo

mampu
img

Fungsi IPCC

Fungsi Dan Peranan Suruhanjaya

Fungsi dan peranan IPCC adalah seperti berikut:

  1. menerima aduan salah laku anggota Pasukan Polis;
  2. menyiasat aduan salah laku anggota Pasukan Polis yang diterima yang disifatkan tindakan berkenaan tidak munasabah, tidak adil, menindas atau wujud diskrimininasi;
  3. mengesyorkan tindakan tatatertib terhadap anggota Pasukan Polis yang terlibat dengan salah laku kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP); dan
  4. dijadikan mandatory referral yang mewajibkan Pasukan Polis untuk merujuk kes yang melibatkan jenayah seksual dan kes yang mengakibatkan cedera parah atau kematian terhadap orang dalam tahanan atau jagaan anggota Pasukan Polis.

Fungsi IPCC yang dijadikan sebagai mandatory referral ini berupaya untuk memastikan penyiasatan yang telus dapat dijalankan oleh anggota Pasukan Polis dan berupaya untuk:

  1. meningkatkan integriti anggota Pasukan Polis;
  2. menghapuskan persepsi negatif orang awam terhadap Pasukan Polis; dan
  3. mengelakkan penyiasatan yang berat sebelah bagi menutup kesalahan anggota Pasukan Polis.
Terakhir dikemaskini pada
25 Mac 2025
Fixed Floating Side Menu