Setia Perkasa 1, 2, 7 & 9, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya Malaysia.
Tel: 03-8000 8000
Pengenalan
PENGENALAN
Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan (ULPJK), Kementerian Dalam Negeri diwujudkan melalui Waran Perjawatan Bil K167 Tahun 2017 bertarikh 22 Disember 2017 dan Waran Perjawatan Bil K15 Tahun 2019 bertarikh 10 Januari 2019 dan kemudiannya dijenamakan semula kepada Bahagian Pengurusan Kawal Selia Pencegahan Jenayah dan Keganasan (PJK) pada 1 Ogos 2023. Bahagian ini bertanggungjawab sebagai sekretariat penyelaras kepada Lembaga Pencegahan Jenayah dan Lembaga Pencegahan Keganasan yang dilantik dengan perkenan SPB Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015.
POCA
Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] memperuntukan kepada pencegahan jenayah yang lebih efektif di seluruh Malaysia dan bagi pengawalan penjenayah-penjenayah, anggota-anggota kongsi gelap . pengganas dan orang-orang lain yang tidak diingini dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
Selaras dengan seksyen 7B Akta 297, suatu Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) ditubuhkan di bawah lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menjalankan tugas-tugasnya tidak terhad kepada pengeluaran Perintah Pengawasan Polis atau Perintah Tahanan
POTA
Terakhir dikemaskini pada
14 Oktober 2025
Bahagian Pengurusan Kawal Selia Pencegahan Jenayah dan Keganasan